Litar Lumba di Sungai Petani Kedah, Memasuki Fasa Kedua Pembangunan

ALOR SETAR: Projek pembinaan litar lumba antarabangsa di Sungai Petani, dekat sini, memasuki fasa kedua membabitkan kerja pembinaan trek yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris, berkata pelaksanaan kerja fasa kedua itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa itu akan menggunakan teknologi tinggi dari United Kingdom (UK) bagi memastikan ia mencapai standard ditetapkan.

“Bagi fasa pertama, kita membelanjakan RM10 juta bagi melakukan kerja merata tanah dan sebagainya. Bagi fasa seterusnya, kita akan mula membina struktur litar, termasuk infrastruktur yang bakal diserahkan kepada Bina Darulaman Berhad (BDB).

Foto Sumber: Berita Harian

“Sepang International Circuit (SIC) pula akan bertindak sebagai penasihat teknikal bagi pelaksanaan pembangunan litar terbabit, selain bertanggungjawab sebagai penasihat pengurusan kelak,” katanya ketika ditemui pada program Kedah Food Valley, di sini, petang semalam.

Mohd Asmirul berkata, projek berkenaan dijangka memerlukan peruntukan sebanyak RM40 juta lagi yang akan disalurkan Kerajaan Persekutuan secara berperingkat.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan ketika pertemuan kerajaan negeri dengan SIC serta Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum ini.

“Penggunaan litar ini nanti tidak hanya membabitkan penganjuran pertandingan antarabangsa. Kita akan tetap memberi peluang peminat motor tempatan untuk menggunakan litar ini.

“Kita akan memberi peluang mereka menggunakan litar ini beberapa hari tertentu. Ia penting untuk kita mengasah dan melahirkan bakat baharu dalam bidang permotoran, selain memberi peluang penduduk setempat terbabit secara langsung,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Kompleks Sukan Kuala Muda pula, beliau berkata, projek berkenaan akan diteruskan.

“Kuala Muda dipilih sebagai lokasi pembinaan kompleks sukan baharu itu kerana ada permintaan dan kepadatan penduduk di daerah berkenaan.

Related image
Foto Sumber: GpMalaysia

“Pembinaan kompleks sukan itu dijangka membabitkan kos RM9 juta dan kerajaan negeri bakal menyediakan tanah bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Image result for pembinaan litar lumba di kedahRelated imageRelated imageRelated image

Sumber Artikel dan Foto : Sinarharian, Berita Harian, Utusan, Careta, PaulTan, GpMalaysia.

=======================================================
ULASAN ADMIN

Alhamdulillah.

Moga ada limpahan rezeki dan kesan ekonomi yang positif bagi penduduk setempat dalam radius 100km, kepada belia-belia peminat permotoran untun mengasah bakat ke persada kebangsaan dan antarabangsa, juga sebagai tempat pelbagai aktiviti baik yang lain, contohnya kelas defensive driving training. Takkan nak training di jalan awam ye dok?

Katanya lengkap 1 trak lumba, 1 dragstrip, 1 go kart, 1 lapangan aktiviti luas,

Saya ex-Town Planner, saya ada pendedahan dan membaca dan membeli laporan pemajuan tanah daerah dan negeri. Ada laporan 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun .

Kalau yang ada modal, dah ada plan 20 tahun, dia akan simpan duit untuk beli tanah berhampiran projek tu, itu contohlah. Bukan semua orang mampu beli tanah walau simpan bagai nak rak dalam tempoh 20 tahun.

Kalau yang modal kecil pun, boleh buat perancangan seiring perkembangan dan pelan-pelan gunatanah di kawasan yang berdekatan.

Ada rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, yang rajin membaca hal-hal ini dan laporan-laporan perkembangan gunatanah ini, akan mengambil ini sebagai peluang pelaburan jangka panjang.

Dan ada pula Rakyat Malaysia, segelintirnya, hanya sibuk dengan hal-hal yang tidak berkaitan dengannya, tetapi apabila ada perancangan tertentu, mereka berkata sedemikian-sedemikian, marah kepada golongan tertentu atau bangsa tertentu, ataupun memandangan segalanya negatif dahulu walaupun pihak tertentu sudah membuat justifikasi, evaluation kepada kesan alam, kesan ekonomi, kesan sosial dan sebagainya.

Kongsikan Berita Baik Ini Dengan Rakan Anda!