PKP FASA 4 Bermula dengan 94 Kes Kluster Baharu – Kluster Pelajar Malaysia Pulang dari Indonesia

Rabu 29 April 2020 –

Sebanyak 94 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,945 kes setakat Rabu (29 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung sebentar tadi.

72 daripada 94 kes baharu adaalah kes import pelajar Malaysia yang baru pulang dari Indonesia. Kes tempatan yang dilaporkan hanya 22 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,758 kes aktif telah dikenal pasti. Manakala kematian kekal pada 100 kes dengan tiada pertambahan baru.

29 daripada 164 pelajar Malaysia di Jawa Timur, Indonesia didapati positif dalam pemeriksaan rapid test Covid-19, dan tidak dibenarkan berlepas pulang menaiki pesawat dari Surabaya ke tanah air.

Semua pelajar Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro Magetan, Jawa Timur, perlu melakukan pemeriksaan kesihatan, sebelum dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 8.30 malam semalam (27 April).

Ketua Rumpun Tracing Gugus Tugas Penanganan Covid-19 Jawa Timur, Kohar Hari Santoso ketika dihubungi Bernama berkata, 29 pelajar itu kini menjalani rawatan lanjut berkaitan Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Mereka perlu menjalani kuarantin, dan menjalani pemeriksaan sampel lendir hidung atau tekak (PCR),” katanya.

Rapid test itu adalah sebagai usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal sama ada seseorang itu dijangkiti tanda-tanda awal Covid-19 atau sebaliknya.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo, sebelum ini berkata ujian rapid test itu bukanlah kaedah terbaik dalam mengesan virus itu, tapi lebih kepada pengesanan awal sekiranya seseorang mempunyai sindrom tidak sihat, yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19.

Pada sidang media 19 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster Covid-19 baharu di pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

Kluster berkenaan membabitkan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia seramai 43 pelajar dari Temboro, satu daripada tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

 

Kepulangan pelajar dari Magetan, Indonesia tiba di KLIA, merupakan kluster terbaharu Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan oleh pihaknya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes positif COVID-19 itu dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA, pada 16 April lalu.

“Kluster berkenaan terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

“Mereka kini sedang menjalani proses kuarantin iaitu 34 individu dikuarantin di Melaka manakala sembilan lagi di Putrajaya.

“Ini menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan dan ia bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah terkini rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan menjalani proses kuarantin, Dr Noor Hisham berkata seramai 15,800 individu sudah menjalani proses berkenaan.

“Kita ada 190 stesen pusat kuarantin di negara ini dan di pintu masuk antarabangsa sahaja terdapat 89 stesen kuarantin.

“Kini seramai 15,800 individu sudah dikuarantin dan daripada jumlah berkenaan 1,041 adalah dalam kalangan jemaah tabligh.

“Setakat ini, kita ada 11,725 orang yang dipantau (PUS) dan sampel yang diambil adalah 8,410 dan yang positif setakat ini adalah 65 individu iaitu 43 individu dari Jawa Timur, tiga dari Acheh dan satu kes masing-masing dari Turki dan Kalimantan,” katanya.

 

BERITA MSTAR

“Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA pada 16 April 2020.

“Kluster ini terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini jumlah kes positif Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah 65 kes termasuk 43 kes dari Magetan di Jawa Timur, Indonesia.

Mengulas lanjut mengenai kluster baharu melibatkan 43 pelajar Malaysia, beliau berkata, seramai 34 orang dikuarantin di Melaka dan sembilan di Kuala Lumpur.

“Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.

“Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya.

Kongsikan Berita Baik Ini Dengan Rakan Anda!