PM baru umum PKPB, rakyat Malaysia didakwa dah mula bersesak di luar? Dan Dah ada Yang Positive di Puncak Alam!!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan, hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei ini.

Namun begitu, rakyat Malaysia diingatkan untuk tetap mematahui pelaksanaan PKP fasa ke empat ini masih lagi berlangsung sehingga 12 Mei 2020. Rakyat masih tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan aktiviti dalam kelompok yang besar dan sentiasa menjaga jarak sosial serta mengamalkan new normal ketika berada diluar rumah.

“Baru je umum dah macam ni…”

Di Twitter, terdapat beberapa keping gambar mengatakan rakyat Malaysia sudah mulai alpa untuk melakukan penjarakan sosial dan berpusu-pusu berada di luar rumah.

Terdapat juga laporan yang mendakwa, jalan raya kini mula dipenuhi dan sesak dengan kenderaan.

Bukti rakaman video turut diselitkan oleh orang awam

“Naik lagi lah lepas ni…”

Perkongsian tersebut sudah semestinya menimbulkan rasa tidak senang kepada pengguna laman tersebut. Tetapi, ada juga yang menyangkal dakwaan terbabit dan mengatakan di kawasan itu sememangnya ramai penduduk.

 

Ada yang kata kawasan tu memang ramai orang

Sila keluar bila perlu…

Stay at home selagi masih sihat berakal!

 

Sumber: Twitter Jom Kitamy 

DAN , DAH ADA YANG POSITIVE DI SHAH ALAM.

TOLONG AMBIL PERHATIAN WARGA PUNCAK ALAM

1-Mei-2020, pihak KKM telah mengesahkan selaku tuan punya kedai Lets Seafood Out Puncak Alam telah Positif Covid19.
Penambahan kes adalah disbbkan oleh aktiviti saringan aktif bg mereka yg ada melakukan urusniaga di pasar borong selayang, yang telah bermula sejak hujung minggu lps.

Tapi ramai pengusaha kedai runcit dan restoran yg beli bahan mentah di pasar borong tak tampil buat saringan.
Hope mereka ni tampil kerana ramai akan bergerak ke pasar/kedai runcit.
Warga asing pun kkm buat saringan dengan bayaran RM 1..
So,please..kalau tak lps raya nanti, tak tau apa akan jadi😑😑😑

Mohd Hanif b Md Sultan
Pengerusi Penduduk (4PA)

==========================

11hb dan 16hb April 2020 ke pasar harian selayang
.
28hb April 2020 – 9pagi dapat info siapa yang pergi ke pasar borong selayang kena buat swab test..
.
28hb April – 1pm pergi ke klinik kesihatan jeram untuk melakukan swab test.. Di minta pulang kerana diminta hadir keesokkan harinya ( Swab test hanya dilakukan pada waktu pagi )
.
29hb April 10pagi swab test di Klinik kesihatan Jeram ( Balik dan duduk dirumah )
.
30hb April duduk di rumah
.
1 Mei – Terima result Positif

Di antara 11hb ke 28hb saya ke :

– Tesco
– Econsave
– Speedmart Fasa 2
– Speedmart Alam Jaya
– Anjung sejuta rasa
– Warung Tapaw
– BNS fasa 2

*Sepanjang bulan puasa saya tidak pernah menghantar pesanan ke rumah pelanggan. Semuanya dilakukan oleh pekerja saya*

*Semua pekerja saya akan melakukan swab test pada 4hb Mei*

FB GROUP :

Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (For PA)

 

Kongsikan Berita Baik Ini Dengan Rakan Anda!