Tangisan Pontianak Itu Benar. Ia Bukan Bunyi Editing Rakaman. Kisah ini Dibongkar!

TENOM: Bunyi tangisan wanita seakan pontianak menangis di Jalan Tenom – Sipitang di sini dipercayai tindakan segelintir individu yang cuba menakut-nakutkan orang awam dan petugas sekatan jalan raya bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam semalam, ketika lima anggota terdiri daripada tiga anggota polis dan dua RELA sedang menjalankan Op COVID-19.

Anggota polis dan RELA yang sedang bertugas terdengar bunyi tangisan wanita dan cuba mengesannya namun hilang tidak lama kemudian.

Kejadian itu sempat dirakam anggota petugas sehingga tular di media sosial dan ramai mendakwa itu adalah tangisan makhluk halus.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, bunyi yang dikatakan makhluk halus itu tidak wujud dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh individu yang cuba menakut-nakutkan.

“Lokasi itu memang benar di Jalan Tenom – Sipitang namun bunyi tangisan wanita itu adalah bunyi yang diambil daripada Youtube ‘Kuntilanak menangis’.

“Sama ada mereka cuba menakut-nakutkan ataupun cuba bergurau. Namun polis akan menyiasat perkara itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasan berkata, pagi tadi, sepasukan polis menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi itu dan menemui satu lokasi di atas bukit yang baru ditebas.

Polis percaya suara wanita menangis itu diambil dari YouTube dan dimainkan dari lokasi berkenaan melalui pembesar suara atau telefon bimbit mereka.

Sumber: BH Online

VIDEO RAKAMAN SEBENAR

 

DAPATKAN TSHIRT PERINGATAN PASCA PKP COVID19 

Tshirt ini Boleh Jadi Ikhtiar Elak Jangkitan Covid19 dengan
Mengingatkan kita tentang perkara berikut:

 JAGA JARAK Sosial 1 Meter
 Minta Maaf Tak Bersalaman
 Basuh Tangan Dengan Sabun/Sanitizer
 Pakai Mask tutup hidung dan mulut!

KLIK FOTO UNTUK TEMPAHAN

 

Kongsikan Berita Baik Ini Dengan Rakan Anda!