Koleksi Pantun dan Ucapan Hari Raya AidilFitri 2020 Versi Terkini

Pantun Raya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

TAKBIR bergema terasa sayu,
Pada pagi hari yang mulia,
Raya ini sunggulah pilu
Tanpa keluarga dan sanak saudara.
1 Syawal sudah tiba,
Diraikan dengan sungguh berbeza,
Jangan berziarah di hari raya
Kita guna video call saja.
Lagu raya Sharifah Aini,
Nyayian indah lagi merdu,
Sungguh berbeza raya ini,
Tanpa terima kehadiran tetamu.
Sekotak mancis secawan madu,
Selautan kasih seluas rindu,
Salam lebaran ucapan buatmu,
Lepas PKP kita kan bertemu.

Pada setiap kali sambutan hari raya Aidilfitri, ramai dalam kalangan kita mengambil kesempatan mengucapkan pantun dan ucapan raya sebagai pengganti diri.

Penggunaan media elektronik sepeti Whatapps, Telegram, Facebook, Intagram, Twitter dan sebagainya memeriahkan lagi ucapan selamat hari raya.

Ada yang menjadikan ucapan raya sebagai caption raya Intagram, status wassap raya, posting raya Facebook dan sebagainya.

Semoga pantun dan ucapan selamat hari raya ini dapat memberi idea bagi ucapan anda pada hari raya tahun ini.

SALAM AIDILFITRI
1 Syawal 1441H،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَSemoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
.كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍSemoga Allah menerima amal kami dan anda,
Semoga sepanjang tahun anda berada dalam kebaikanSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI
Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di aidilfitri.Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas saya dan keluarga.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri
Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran

Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.
Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati ,
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin
Ramadhan barokah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.
Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari.
Mohon maaf kekhilafan diri.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Pelita diletak diatas para,
Hendak dinyala di tepi perigi,
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pantun Hari Raya Setiap Negeri

Johor
Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke ria.
Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.
Kelantan
Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
Kelik rayo toksir laju,
Nanti rayo dale sepita
Melaka
Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalau balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok.
Negeri Sembilan
Masak lomak cili api,
Campo dengan daun turi,
Hari Rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri.
Pahang
Pergi Bentong beli cuko,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin.
Perak
Gulei tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupei,
Pandu hemat ingat kampong,
Aselkan teman selamat sampei.
Perlis 
Padang besar kecik aja,
Tempat siam lalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai bertambah hutang.
Pulau Pinang
Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pasemboq,
Lepaih raya jangan dok triak,
Kalau ceti mai kot dapoq.
Selangor 
Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu.
Terengganu
Ubi kayu wat pengak,
Kepok lekor panjang sedepe,
Bile pose wak2 dok ingak,
Hari raye tak dok hok lupe.

Ucapan Raya Sweet

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Andai jemari tidak sempat berjabat,
Andai raga tidak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut hari raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah memaafkan.

Ucapan Raya Kreatif

˙˙uıʇɐq uɐp ɹıɥɐz ɟɐɐɯ ¿ɐʎ ɟɐɐɯ ˙ǝuoɥdpuɐɥ uɐʞʞıןɐqɯǝɯ snɹɐɥ ıɐdɯɐs ıuı uɐuɐsǝd ɐɔɐqɯǝɯ  ʇɐɐs ıbɐןɐdɐ ˙ıuı ɐɯɐןǝs ɐʎɐs uɐɟɐןıɥʞǝʞ uɐp uɐɥɐןɐsǝʞ ɐןɐbǝs sɐʇɐ ɟɐɐɯ uoɥoɯǝɯ ɐʎɐs .ɐʎɐɹ ıɹɐɥ ʇɐɯɐןs

Syäwäl bäkäl mèñjèläñg tìbä.
Rämädhäñ äkäñ mèñìñggälkäñ kìtä.
Märì mäñfäätkäñ mäsä yäñg ädä.
Pèrbäñyäkkäñ ämäl däñ pähälä…Selämät Härì Räyä AidiLfItrI MaAF ZaHir DaN BAtiN

Ucapan Raya Untuk Sahabat, Teman atau Kawan

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Dalam gurau ada senda,
Dalam senyum ada tawa,
Dalam suka ada duka,
Itulah sebenarnya diri kita,
Cuma…
Jangan ikut hati luka,
Jangan difikir salah siapa,
Jangan di ungkit pahala dosa,
Anggaplah ruang bertemu kata,
Kata sekadar penghibur belaka,
Moga silaturrahim tetap ceria,Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Selamat Hari Raya Sahabatku,
Maaf Zahir dan Batin.

Ucapan Raya Untuk Group Wassap (copy dan paste)

*Tak Terasa Bulan Ramadhan hampir meninggalkan kita.*

Bulan Terbaik Disisi Allah Kerana Bulan Ni Laa Mampu Mengajar Kita Mengawal Perasaan Kelakuan Hawa Nafsu Dengan Baik???Mudahan Kita Masih Dipertemukan Ramadhan Seterusnya.. Aamiin2 Ya Raabal Alamin…*
Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri*???

? *Buat Keluarga :*
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya ???

? *Buat Yang Tersayang :*
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu ???

? *Buat Kawan-Kawan :*
Maaf Ya Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak Disengajakan ???

? *Buat Sahabat :*
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah ???

? *Buat Yang Tak Sependapat :*
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu ???

? *Buat Yang Sayang Pada Saya :*
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..???

? *Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya:*
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana   Untuk Terus Bersabar… ???

? *Buat Yang Tak Kenal Dengan saya:*
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya  Dekat Contact anda… ???
Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya  ?????

*Sorry And Thanks For Everything…* ☺??.

Salam 1 Syawal 1441
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Selamat menyambut lebaran bakal tiba tidak lama lagi. Maaf Zahir dan Batin.   ❤❤❤

TULUS IKHLAS ..DARIPADA SAYA  UNTUK  SEMUA RAKAN-RAKAN GROUP

Kongsikan Berita Baik Ini Dengan Rakan Anda!