Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan dan pantun serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020. Anda boleh menggunakan kreativiti masing-masing dengan mengolah semula pantun atau ucapan selamat hari raya Aidilfitri untuk didedikasikan kepada insan tersayang mahupun kepada rakan taulan melalui SMS, aplikasi Whatsapp, rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Telegram dan sebagainya.

Teks Kata-Kata Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Masak lomak cili api,
Campo dongan ! daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Ramadhan telah kita tinggalkan,
Hampir menjelma Syawal mulia,
Aidilfitri berbahang gembira di sambut dengan rasa suka,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI…
Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas saya dan keluarga.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.Mohon Ampun Zahir Dan Batin dan Selamat Hari Raya AidilFitri..
Takbir bergema terasa sayu,
Pada pagi hari yang mulia,
Raya ini sunggulah pilu,
Tanpa keluarga dan sanak saudara.
1 Syawal sudah tiba,
Tahun ini, diraikan dengan sungguh berbeza.
Jika keadaan tidak mengizikan, jangan memaksa diri berziarah di hari raya,
Kita guna video call saja.
Dalam gurau ada senda,
Dalam senyum ada tawa,
Dalam suka ada duka,
Itulah sebenarnya diri kita,
Cuma…
Jangan ikut hati luka,
Jangan difikir salah siapa,
Jangan di ungkit pahala dosa,
Anggaplah ruang bertemu kata,
Kata sekadar penghibur belaka,
Moga silaturrahim tetap ceria,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari.
Mohon maaf kekhilafan diri.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Pelita diletak diatas para,
Hendak dinyala di tepi perigi,
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Kongsikan Berita Baik Ini Dengan Rakan Anda!