Refinance Rumah
Rumah bukan sekadar tempat tinggal. Jika nilai rumah meningkat dan ekuiti anda mencukupi, refinance berpotensi membuka modal tunai untuk menyusun kewangan, mengembangkan perniagaan atau merancang masa depan keluarga.
Yang penting, kira dahulu supaya keputusan itu benar-benar menguntungkan.
Apa yang refinance boleh buat untuk anda
Refinance ialah pembiayaan baharu ke atas rumah yang sama. Bila digunakan dengan tujuan yang jelas, ia boleh menjadi alat kewangan yang kuat.
Dapat tunai daripada nilai rumah
Bila nilai rumah naik dan baki hutang makin kurang, anda mungkin layak mendapat lebihan tunai (cash out).
Modal, pendidikan, renovasiSatukan komitmen kewangan
Lebihan pembiayaan boleh menyelesaikan hutang tertentu yang layak, tertakluk kelulusan bank, supaya aliran tunai lebih tersusun.
Susun semula kewanganModal kembangkan perniagaan
Dana tambahan untuk stok, peralatan atau pengembangan bisnes, jika sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
Stok & peralatanBiayai renovasi atau pembaikan
Naik taraf rumah, baiki kerosakan atau tambah ruang tanpa bergantung sepenuhnya pada pinjaman peribadi.
Naik taraf kediamanSediakan dana pendidikan
Bantu biayai yuran pengajian, persediaan anak ke universiti atau perbelanjaan pendidikan lain.
Masa depan anakBerpotensi dapat kadar lebih baik
Jika layak, anda mungkin dapat kadar keuntungan/faedah lebih kompetitif atau menyusun semula tempoh pembiayaan.
Kadar & tempoh baharuKira anggaran cash out & ansuran baharu
Masukkan angka anda. Kos dan kadar ialah andaian yang boleh diubah.
Ilustrasi sahaja, bukan tawaran bank. Jumlah sebenar bergantung pada penilaian hartanah, margin pembiayaan, kelayakan pendapatan (DSR), rekod kredit, umur, serta kos guaman dan pembiayaan. Tempoh biasanya tertakluk had umur yang ditetapkan bank.
Refinance bukan duit percuma
Ia pembiayaan baharu yang perlu dibayar semula. Fahami empat perkara ini sebelum buat keputusan.
- 1Ansuran bulanan mungkin naik atau turun, bergantung pada jumlah dan tempoh baharu.
- 2Tempoh hutang mungkin menjadi lebih panjang.
- 3Ada kos penilaian, guaman dan kemungkinan penalti penyelesaian awal (lock-in) pada pembiayaan lama.
- 4Rumah berisiko dilelong jika bayaran pembiayaan gagal dibuat.
“Rumah bukan sekadar tempat tinggal. Jika nilai rumah meningkat dan kita mempunyai ekuiti yang mencukupi, refinance berpotensi membuka peluang untuk mendapatkan modal tunai. Yang penting, kita buat kiraan dahulu supaya keputusan itu benar-benar menguntungkan.”
Refinance sesuai untuk anda?
Tandakan yang benar untuk anda.
0/6 ditanda.
Hutang bertambah, perlindungan pun perlu bertambah
Bila jumlah pembiayaan naik, pastikan keluarga tidak terbeban dengan baki hutang jika berlaku kematian, hilang upaya atau penyakit kritikal.
Mohd Zulhafidz Yahaya
Risk Management & Wealth Advisor. Bantu anda buat kiraan refinance yang jelas, dan pastikan pembiayaan baharu disertai perlindungan yang sesuai untuk keluarga.
Dapatkan sebut harga refinance
Isi maklumat hubungan dahulu, kemudian butiran rumah. Kami semak dan hubungi anda melalui WhatsApp.