Category
- Uncategorized
- A Parody
- A PetrolHead
- Adventure Touring Malaysia
- Aprilia
- Backpackerz
- Basikal Bicycle
- Benelli
- BMW
- BolaRotan TV
- Born To Ride
- Bosku Shopee
- Bossku
- Camping
- CFMoto
- COVID 19
- CrossBorder Series
- Demi Pertiwi
- Epic Ride
- Event
- Foldies
- Free Palestine
- GLR
- Haramain
- Himalaya
- Honda
- Humor
- India
- iRacing
- Japan
- Kaki Pancing
- Kawasaki
- Kembara Bumi Anbia
- Kopi Coffee
- KTM
- Laluan Tempatan Malaysia
- Malaysia
- Malaysia Local Route
- Malaysia States
- Marin Bikes
- Merdeka
- Minion Bike
- Minivelo
- Motivation
- MWR
- Myvi
- Nasihat
- Nasty Port Flow
- Nurse
- Pakistan
- Palestine
- Perodua
- PetrolHead Honda
- Proton
- Rare Design
- Republik Betta
- Runner
- Seiko
- SimR Garage
- Singapore
- Suzuki
- SYM
- Thailand
- Trans Siberia
- Triumph
- Tshirt Dryfit
- Tshirt Kereta
- Tshirt Moto
- Ultras MLR
- Velo Residence
- Vespa
- Yamaha
- Youtuber
“Abang tak pelik ke macam mana Juna rapat dengan yang, dan dia panggil yang kakak”?
Isteri saya tanya saya dalam kereta , dalam perjalanan malam, pulang dari Gerik ke Sg Petani, selepas hantar anak-anak balik ke kampung, kerana kami berdua ada urusan penting untuk di uruskan.
Dalam pemanduan yang gelap, jawapan saya pun gelap
“Abang tak tahu dan tak dapat nak agak, abang tertanya-tanya jugak”
Juna, seorang lelaki, sudah berkahwin, kurus, tinggi lampai, menganggap isteri saya sebagai kakak yang guide perubahan besar dalam hidup dia.
Juna kini baru 23, pada usia belasan tahun, dia buat kerja-kerja zaman gelap, kemudian selepas hampir di buat apa-apa oleh ayahnya, dia bekerja sebagai penjual telefon di kiosk di sebuah mall.
Gaji basic, Rm1300, tiada komisyen.
Tapi, kerana desakan hidup dan baru keluar dari dunia gelap, dia belajar hari-demi-hari, dengan top-top sales dari bangsa cina dari kiosk-kiosk lain, sedangkan sebelum ini, dia bagaikan anti-bangsa-kaya ni.
Selepas beberapa bulan belajar, dia dapat jual 100 handset sebulan. Usaha agak keras. Dengan usaha semakin keras, dia pernah maksima, jual 250 buah handset, campur-campur android dan ios, tapi gajinya sama. Kerja lebih keras, gaji sama.
Ketika ini, isteri saya antara pembeli handphone di kiosk dia.
Isteri saya beli beberapa kali, kali pertama untuk dirinya, kali kedua untuk reward BC-BC Marykay nya, dan beberapa kali lagi untuk ayah dia, dan anak.
Juna mula jadi kagum isteri saya rajin pulak beli Handphone dan mula rajin tanya, itu ini, macam mana nak naikkan ekonomi diri.
Bila dah kenal, juna beranikan diri whatsapp, tanya macam mana nak kerja gaji lagi besar.
Isteri saya tanya details dia dulu, keluarga macam mana. Dia anak sulung 4 adik beradik. Ayahnya kerja towing. Ibunya guru. Ok.
Tanya gaji, Rm1500 dah sekarang dari Rm1300, tapi Juna kata, kerja bagai nak gila.
Punya nak sales, sanggup hantar COD sampai ke Kuala Perlis naik scooter V125cc. Berpanas berhujan dan merata tempat dia sanggup COD asalkan nak dapatkan sales.
“Nampak tak bang, maknanya dia macam abang dulu, sanggup COD baju jauh-jauh, demi dapatkan sales, makna dia ada usaha dan kekuatan dalaman, tu yang guide dia lagi”
Kata isteri saya, sambil saya layan corner jalan Gerik-Kupang, letak Sport Mode.
Bagus Juna ni, walau muka cengkung-cengkung, kurus, kalau roadblock kena tahan ni, sambil gelak-gelak teringat dulu di Uitm, ada Panther, kurus, cengkung sebab buat final project, kena tahan roadblock di Tronoh, kena naik trak ke Balai Tronoh, padahal clean.
Wife sambung cerita lagi.
Masa tu, Juna pun dia kata nak kahwin.
“Macam ni, Juna try deal dengan tokey Juna, mintak dia, taknak gaji, tapi nak komisyen”
Juna macam kaget, takdak gaji?
“Ya, takyah gaji, mintak dia komisyen, mintak 40%”
Fuh, banyak tu, saya waktu isteri saya ceritakan ni pun saya terkejut, 40%!
“Bila Juna tak ambil gaji, Juna memang akan push segala skill dan approach segala jenis orang untuk Juna jual jugak handphone, die-die-do, mati-mati, akan jual phone, lagi gila-gila dari waktu juna ada gaji.
Juna tak fikir banyak, kira-kira dah ada dalam kepala dia.
“Kak Juna, dah mintak kat bos juna, taknak gaji, komisyen 40%, dia tak setuju”
“Tapi juna pi jumpa kiosk-kiosk lain punya bos, Juna mintak, ada satu taukey cina ni setuju, sebab sebelum ni kalau tak cukup phone pun, juna selalu ambil dulu dari kedai dia.”
Ok, takpa, asal dia setuju.
Bulan pertama Juna kerja disitu, dia jual 215 handphone, tanpa gaji, dia dapat 40% komisyen berjumlah Rm8015 ringgit.
Dia call isteri saya, sangatla seronok dan terima kasih.
Bulan kedua, Rm11,500
Bulan ketiga, Rm13,000
Dah pulak, dia dapat duit komisyen hujung bulan dari tawkey, duit cash, tawkey tak transfer, sebab tawkey nak dia rasa duit cash di tangan, itu motivasi kata tawkey. Dan tawkey pun seronok sales makin gila-gila, sebab tapak sewa booth handphone pun semakin gila dia kata.
Lepas tu, Juna terfikir nak niaga sendiri.
Dia tanya isteri saya, macam mana nak bukak kedai sendiri.
Isteri saya guide dia.
Mula-mula, kena inform bos Juna, jangan berhenti terkejut-terkejut atau lari, nanti kena cop lari, atau jadi hubungan tak elok, renggang. Apa-apa, dia masih network Juna walau ada kedai sendiri.
Minta pendapat bos dulu
Juna ikut cakap isteri saya.
“Kak, Juna dah tanya bos, bos tak bagi mula-mula, sebab bos tanya, Juna ada duit ka nak bukak kedai, kos stock sahaja mungkin Rm50,000 kalau nak selesa”
“Tapi Juna kata juna yakin dan Juna ada”
“Bos Juna buat deal dengan Juna”
Isteri saya tanya, deal macam mana.
“Bos Juna akan bagi duit Rm50,000 pada juna untuk Juna bukak kedai, tapi dengan syarat, Juna ambil 80% stock dari kedai dia, Juna kata nanti susah nak bayar balik, tapi Juna terkejut”
“Bos Juna kata, dia bagi Rm50,000, Juna bayar 2 kali sahaja, tapi hanya bayar bila Juna ada Rm50,000 cash reserve, tapi bayar Rm25,000 sahaja bila cash reserve tu cecah Rm50,000.”
Tak ada bunga? tanya isteri saya.
“Tak ada, Rm50,000, bayar balik Rm50,000 , dua kali, bila ada cash reserve Rm50,000 , itupun bayar Rm25,000 dulu”
Juna, ini maknanya Bos Juna nak win-win situation, sebab Juna dapat jual 250 unit average tiap-tiap bulan, jadi dia nak support juna buka kedai, dia bagi pinjaman tanpa riba’ dan dia nak juga tap dari Juna juga.
Deal Juna.
Akhirnya juna dapat buka kedai, dan saya dan isteri invest serba sedikit.
Suatu hari, isteri saya beli handphone baru, dan simcard entah macam mana, rosak dan simcard tu prepaid lama. Maka terus saya apply sub account bawah saya jelah, dengan nombor baru ketika itu.
Juna ada nombor lama tu sahaja, dia lost contact.
Sebelum dia lost contact, dia ada cakap, dia nak kahwin, tapi dia nak suruh isteri saya bagi pendapat dulu dan sebagainya.
Selepas setahun lebih terputus hubungan.
Tiba-tiba isteri saya saja check-check phone number untuk task harian dia, dia terjumpa number Juna, dan whatsapp balik.
“Laaaaaaa kak, mana kak pergi, ingatkan kak hilang pi mana, jenuh Juna cari, Juna dah kahwin dah pun”
Waktu birthday isteri Juna, dia ajak kami sekeluarga makan sekali.
Saya waktu tu macam kekok dan pelik sikit.
Eh, Juna dan Isteri nak celeb birthday makan kek dan kedai romantik, kenapa kita ada?
Waktu tu, Isteri saya tak cerita lagi kisah ni. Bila saya dah tahu kisah ni, baru saya tahu kenapa Juna apa-apa akan tanya pendapat dan akan ajak join sama.
Semalam waktu pi ke Escape, birthday saya, jadi tempat macam tu, tak berapa best kalau pi berdua sahaja, kena ajak geng-geng tukang sorak tukang gelak.
Itulah wife ajak Juna, isteri dia, dan adik dia.
Adik-adik Juna kini belajar di Mrsm ada, di Poli ada.
Saya pulak terambil inspirasi ini bila isteri saya cerita. Saya memang ambil banyak Inspirasi dari dia. Sejak dia di Surabaya lagi, bagaimana dia boleh selamatkan seorang gadis dari dirogol di basement Royal Plaza Surabaya, akhirnya kenal sana sini dan dapat buka butik bersama ibu angkatnya di Royal Plaza Surabaya.
Dan banyak lagi kisah inspirasi dari isteri saya.
Seronok saya dengar dia bercerita, memang menginspirasikan. Dan apabila kita dapat bantu orang, kita memang akan rasa lapang dada, seronok, suka, happy, tenang, dan dapat kenalan-kenalan baru dan sillaturrahim baru. Kawan baru orang kata.
Hari ini nak ke rumah beberapa rakan-rakan berbangsa cina, mereka jemput ziarah raya cina.
Tahun 2023, inshaAllah, saya dan isteri akan jelajah seluruh Malaysia, untuk bantu lebih ramai orang lagi. Saya target nak jumpa dan bantu 1000 orang atau lebih pada tahun 2023 ini inshaAllah. Walaupun pada 2020, Allah swt beri izin dapat bantu lebih 3000 orang ketika PKP, tapi itu bantuan beri ikan.
Kali ini saya cuba nak beri bantuan dengan memberi joran, seperti kisah real Juna ini.
ZultcdX40
22/1/2023
Guar Chempedak.
NR Iphone Sungai Petani (Klik Link)
Written by TCD
Cari Di sini
.Inside Your Cart
Best offers
Diamond Premium
The Best Tshirt Material
100% Safe
Secure Shopping
24x7 Support
Online 24 hours
Best Offers
Grab Now
Worldwide Shiping
On all order over
- Top 10 Midjourney Alternatives You Can Try in 2023Spread the loveOriginal Article from: https://www.fotor.com/blog/midjourney-alternatives/ Midjourney is undoubtedly one …
- Melancong, Niaga, Hidup dan Perlindungan Kewangan.Spread the love Dulu-dulu, saya travel seorang, atau travel dengan …
- USAH BERLENGAH DAPATKAN PERLINDUNGANSpread the lovePerkongsian Perjalanan Kehidupan. Bulan lepas, ada sahabat saya …
- Education Fund?Spread the loveMalika, jika ditakdir baba tak ada tiba2 (tiada …
- TOKEY IKAN FIKIRKAN NASIB PEKERJANYA…Spread the loveSahabat saya ni, kalau baca chatting saya dan …