Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

DUA ISTERI, SATU POLISI ATAU DUA POLISI?

Spread the love

“Bang, saya ISTERI DUA, penama hibah ni boleh letak dua atau apply dua hibah?”

Dua dua boleh. Ada lagi tambahan.

1. Buat 2 polisi Hibah nama suami penerima isteri pertama, dan polisi kedua, isteri kedua

2. Buat 1 polisi, hibah banyak, bahagi percentage

3. Buat hibah atas nama isteri pertama, isteri kedua, kedua2 penama, suami, atau anak isteri masing2.

4. Buat hibah cross masing2.

Kalau 1 polisi, dalam column Beneficiaries tu, boleh add dan letak percentage dari total nilai Hibah yang nak dicipta.

“Saya bukan apa bang, diorang baik masa saya ada ni, risau saya tak ada nanti, lain pula kan, jadi sementara nak tunggu faraid, harta sepencarian apa semua, biarlah isteri2 dan anak2 saya dapat teruskan kehidupan dengan perbelanjaan seperti biasa, macam waktu saya ada”

Saya buat beberapa polisi, 1 untuk isteri yang 1

Lain2 untuk anak anak. Dan untuk mak.

Korang kalau sayangkan mak, buat polisi nama sendiri, penerima tu, letak lah nama mak.

Samada yang bujang, mahupun yang dah kahwin…

Saya semakin suka jadi perunding takaful ni. Dah 14-16 tahun saya work from home depan pc, masa bersosial saya hanya ketika keluar ride motor, tu sebab saya kena keluar ride motor lama2 ke macam-macam negara.

Tepu, dan agak bahaya sebenarnya jika manusia duduk depan pc lama2 tiap2 hari, dan tak ada REAL ACTIVITY bersosial. Dan bahaya sorang2 depan pc ni, ada macam-macam.

Agaknya, itulah HIKMAHNYA Allah swt dan Rasul, sangat sarankan LELAKI pergi berjemaah di MASJID, supaya ada REAL connection dan REAL conversation sebagai makhluk sosial.

Bila saya jadi perunding takaful ni, waaaaaaaaaahhhhh, BAHAGIA SANGAT-SANGAT, sebab saya dapat bertemu macam-macam orang, dapat input, ilmu, tenaga, energy, dan macam2 dari pelbagai latar belakang, di alam realiti….

Just cerita, kongsi, jika mereka suka dan sudi, mereka buka peluang untuk kita bantu mereka selesaikan apa keperluan mereka.

Dunia dan Akhirat.

Inshaallah

Zulhafidz Yahaya
PruVenture Manager
wassap.my/60136160551/ciptaharta


Isikan form ini untuk dapatkan khidmat nasihat PERCUMA mengikut keperluan anda.
https://forms.gle/PLvmR8RGK25rnV4N6

(Visited 179 times, 1 visits today)

Written by

Leave a Reply