Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

Macam taraf Chef Wan, Sugu Pavithra didakwa letak bayaran RM10 ribu sejam

Spread the love

Sejak tertularnya video masakan dan pribadi Sugu Pavithra sekeluarga, rakyat Malaysia dilihat sangat tertambat dengan kesederhanaan oleh Youtuber suri rumah ini. Malah, perwatakannya dan kejayaannya juga menjadi inspirasi bagi kaum wanita  terutamanya suri rumah di luar sana.

Hari demi hari, rezeki suri rumah ini datang bagaikan tidak putus-putus. Bahkan baru-baru ini, Sugu Pavithra dan suami  dikhabarkan akan berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video masakannya di saluran Youtube.

Didakwa minta bayaran RM10,000 per jam

Namun disebalik kejayaan Sugu Pavithra yang sering menghiasai berita-berita di media sosial, terdapat satu isu kurang menyenangkan timbul yang terpalit pada nama Sugu Pavithra nanti.

Pengendali program masakan di televisyen mendakwa, Youtuber itu dikatakan telah letak harga bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam.

Bayaran yang diminta tersebut dikatakan setaraf dengan cef selebriter terkenal iaitu Datuk Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali sebagai Chef Wan.

Sugu Pavithra beri keterangan, tak nak masuk TV

Menurut kenyataan pasagan ini di laporan Astro Gempak,  mereka seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen. Bahkan, mereka kini tidak henti-hent menerima permintaan daripada orang ramai untuk ditemubual dan membuat program masakan.

“Jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu. Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen.” Jelasnya.

Hanya fokus pada video di Youtube sahaja.

Mereka suami isteri sememangnya hanya merancang untuk fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube Sugu Pavithra sahaja selepas ini.

“Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah. Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa.” Kata mereka lagi.

SUMBER: OhmyMedia

 

(Visited 60 times, 1 visits today)

Written by