Pantau siapa buka app, siapa konsisten dengan rutin harian, dan siapa perlu dibantu, terus di satu dashboard. Laporan pasukan sampai ke emel setiap malam. Tiada had bilangan ejen.
Lihat harga sekarang Apa leader nampak Tanya dulu 🔑 Members LoginEjen beli pelan sendiri dan link kepada leader. Tiada had bilangan ejen.
Tiga langkah, tak rumit.
Beli pakej = auto jadi reseller. Komisyen ikut link affiliate anda.
Leader yang mahu pantau dan bimbing ejen dalam unit sendiri
Bayaran selamat melalui checkout. Dashboard Leader dan login Pro aktif sebaik bayaran berjaya.
Pengurus agensi yang mahu pantau semua unit dalam satu dashboard
Bayaran selamat melalui checkout. Dashboard Leader dan login Pro aktif sebaik bayaran berjaya.
| Ciri | Unit Manager | Agensi Manager |
|---|---|---|
| Tiada had bilangan ejen | ✓ | ✓ |
| Dashboard aktiviti ejen (siapa buka, berapa kali, presentation, modul) | ✓ | ✓ |
| Skor Rutin Harian & streak | ✓ | ✓ |
| 7 kategori prestasi ejen + cadangan tindakan | ✓ | ✓ |
| Amaran ejen senyap | ✓ | ✓ |
| Perbandingan bulan ke bulan setiap ejen | ✓ | ✓ |
| Kalkulator target unit + bar kemajuan vs pencapaian | ✓ | ✓ |
| Kalkulator target agensi (berbilang unit) + bar kemajuan vs pencapaian | – | ✓ |
| Laporan setiap unit terus ke dashboard Agensi Manager | – | ✓ |
| Pantau prestasi antara unit (boleh tengok dalam setiap unit) | – | ✓ |
| Perbandingan bulan ke bulan antara unit | – | ✓ |
| Amaran unit senyap | – | ✓ |
| Laporan bulanan automatik | – | ✓ |
| Export data semua unit | – | ✓ |
| Checklist rutin harian leader | ✓ | ✓ |
| Link borang rekrut | ✓ | ✓ |
| Laporan emel pasukan setiap malam | ✓ | ✓ |
| Login Pro untuk leader | ✓ | ✓ |
| Reseller (komisyen) | ✓ | ✓ |
| Bulanan | RM89 | RM199 |
| Tahunan | RM890 | RM1,990 |
Ragu-ragu pakej mana sesuai? Tanya di WhatsApp
Ya, ejen beli pelan Meja Closing sendiri, kemudian link kepada leader. Leader tak tanggung kos ejen.
Tiada had.
Tidak. Leader hanya nampak aktiviti app: siapa buka, berapa kali, presentation selesai dan modul digunakan.
Hanya untuk ejen yang bersetuju berkongsi.
Unit Manager pantau ejen dalam unit sendiri: aktiviti, skor rutin, kategori prestasi, amaran ejen senyap, perbandingan bulan ke bulan dan target unit. Agensi Manager dapat semua itu, ditambah pandangan merentas unit: laporan setiap unit terus ke dashboard, prestasi antara unit yang boleh dibuka dalam setiap unit, amaran unit senyap, laporan bulanan automatik, export data semua unit dan target agensi.
Beli mana-mana pakej, anda auto jadi reseller. Komisyen dikira ikut link affiliate anda.
Meja Closing ialah alat bantu perbincangan dan perancangan untuk ejen takaful berdaftar dan pasukan mereka. Ia bukan dokumen rasmi mana-mana pengendali takaful, dan tidak mewakili Prudential BSN Takaful Berhad atau syarikat lain.
Semua kiraan, contoh produk, kadar dan sebut harga ialah anggaran dan ilustrasi pendidikan sahaja. Ia bukan sebut harga, bukan kontrak, bukan jaminan kelulusan atau tuntutan, dan bukan nasihat kewangan, pelaburan, cukai, undang-undang atau perubatan.
Manfaat, caruman dan syarat sebenar tertakluk kepada Helaian Pendedahan Produk (PDS), ilustrasi rasmi, dokumen sijil, pengunderaitan dan terma pengendali. Nilai tunai dan pulangan pelan berkaitan pelaburan tidak dijamin. Contoh tuntutan lepas tidak menjamin tuntutan akan datang.
Ejen bertanggungjawab memastikan setiap pembentangan selaras dengan garis panduan syarikat masing-masing, Bank Negara Malaysia dan badan kawal selia berkaitan, serta menggunakan bahan rasmi syarikat semasa permohonan. Prospek perlu mengisytiharkan maklumat kesihatan dengan lengkap dan benar melalui saluran rasmi.
Paparan leader: skor, kategori ejen dan cadangan tindakan ialah panduan berdasarkan aktiviti dalam app. Ia bukan penilaian prestasi rasmi, dan keputusan akhir terletak pada leader. Data contoh dalam imej ialah ilustrasi sahaja.
Privasi (PDPA 2010): leader hanya melihat aktiviti app (siapa buka, berapa kali, presentation selesai, modul digunakan) dan skor rutin bagi ejen yang bersetuju berkongsi. Leader tidak melihat lokasi, peranti atau data prospek ejen. Bagi borang rekrut, calon mengisi secara sukarela dan leader hanya boleh menghubungi calon yang telah bersetuju dihubungi. Leader bertanggungjawab mengendalikan maklumat calon mengikut PDPA 2010.
Lesen penggunaan: lesen peribadi kepada seorang leader atau pengurus yang mendaftar. Login tidak boleh dikongsi. Tidak boleh digunakan secara berkumpulan, dirakam, disalin, dijual semula atau dijadikan bahan agensi, kecuali sebagai reseller melalui link affiliate rasmi. Setiap ejen melanggan pelan sendiri dan memautkannya kepada leader.
© 2026 Mohd Zulhafidz Yahaya (TSYOK DESIGN / CycleDesign). Kandungan, teks, reka bentuk, grafik dan kalkulator adalah hak milik beliau.
Ejen sahaja? Lihat Meja Closing untuk Ejen