Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

Suka Bau Rumput Di Potong Atau Bau Rumput Di Bakar?

Spread the love

ANDA SUKA BAU RUMPUT DI POTONG? ATAU SUKA BAU RUMPUT DI BAKAR?

Kenapa orang suka bau hujan awal-awal selepas teriknya matahari, terutama bau hujan yang kena jalan yang panas tu, bercampur dengan bauan hujan kena rumput , segar kan?

Kenapa orang suka bau rumput dibakar atau bau rumput di potong? Rasa macam pergi spa terapi bau, kan?

“Olfactory Memory”

Top view man worker cutting grass with lawn mower.

Selain bab saintific, kenapa bau tu terjadi, ada perkara lain menyebabkan ramai suka bauan alam ni.

Olfactory adalah perkataan dari bahasa latin, olfacere, yang membawa maksud “to smell” atau untuk “mencium bau”.

Ia adalah singkatan bagi tindakan “Sense of smell” kepada olfactory nerve atau deria mencium bau yang berhubung dengan daya ingatan di minda.

olfactory memory pula, adalah, bau yang mengimbau kenangan. Bauan yang mengimbau nostalgia atau ingatan manis , indah, seronok, terhadap sesuatu.

S

Macam saya, lahir di kampung, gerik, dan pernah duduk di rumah yang ada laman, dan arwah abah suka potong rumput, kumpul2, separa kering, bakar rumput.

Setiap kali terbau bauan orang potong rumput, bauan orang bakar rumput (tak campur plastik sampah lah), ia akan trigger olfactory memories saya.

Segala kenangan zaman kecik, berlari-lari main bola depan laman (walhal bila pegi balik rumah tu, kecik je rupanya laman tu), tapi dulu rasa macam puas berlari depan rumah tu.

Tambah, bila petang, mak akan sapu daun-daun, dan kumpul sekali, bakar dengan rumput yang dah dimesin tu…dan biasanya, ia dekat-dekat nak maghrib.

 

Dah berbau-bau badan dengan bau asap rumput, masuk rumah mandi-mandi, bersiap-siap nak pergi masjid dengan arwah abah, dan teringat memori mengaji, dan juga makan petang.

Segala memori indah, terkeluar macam projektor pancar ke dinding dari minda, bila terbau , bauan ini.

Begitu juga bau hujan awal-awal selepas panas terik. Hujan nampak setitis-setitis, terbayang-bayang bau segar ni yang sebenarnya adalah bauan yang tercetus oleh tindak balas bakteria-bakteria dengan air hujan, bukan bau hujan. (Boleh rujuk Natgeo ada cerita tentang ni).

Siapa suka bau rumput dipotong, dibakar, kena hujan, kita geng!

www.cycledesign.my

(Visited 359 times, 1 visits today)

Written by