Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

TIPS BAGI YANG MEMANDU SENDIRI DI TURKEY DIY DRIVING

Spread the love

1. Bagi yang memandu sendiri dan ambil airbnb, kalau rajin, chat dulu dengan host. parking macam mana or, filter carian anda untuk kesesuaian kenderaan yang anda sewa dan bilangan orang yang bakal menginap.

2. Kalau seorang atau berdua, tiada masalah sangat. sure kereta kecil. KALAU ramai2, amik van, merc vito, memang kena pandai pilih penginapan.

3. Foto 1 tu airbnb di Fatih. jalan super sempit. ada laluan berselisih di laluan sempit ni dan berbukit. ada satu lorong masjid atas bukit ni, dia one way, laluan saya betul dah, tapi ada teksi mai dari arah bertentangan, jenuh ngejas. mujur ada local tgh berjalan kaki situ, dia bantu guide. dahla takleh panjat side walk. ada bollard. memang kena sabar dan tenang.

Keadaan Parking di Airbnb di Fatih, Istanbul. Memerlukan Skills Tinggi Jalan ni
Tengok lorong di bawah tu, dari arah bawah, tak boleh terus masuk ke kiri, boleh terbalik kereta, kena ke depan, ada satu simpang, masuk ke kanan, then reverse uturn, then masuk ke kanan menaiki bukit ini untuk parking. Jika salji lebat, memang perlukan rantai. Tapi bahaya juga, mudah tergelincir.

4. Siap kena reverse uturn lagi untuk naik ke depan rumah host, sebab kalau terus naik dan masuk ke kiri, kereta mungkin terangkat terbalik sebab ada slop tinggi belah kiri. kena ke depan sket, uturn reverse or masuk simpang depan utk reverse dan turn ke kanan balik.

Laluan Sempit

5. Ini jela yang agak mencabar bagi saya dalam Istanbul. lain2 tempat ok aje alhamdulillah. oo Antalya ade cabaran.

6. Di Antalya penginapan saya dalam Old Town dia tu, pun sama sempit, tapi takde kereta selisih or lawan arah. memang totally one way.

Parking di Old City Antalya
Bollard yang mengawal laluan keluar masuk di Old Town Kelici, Antalya.
Parking bawah pokok Limau
Laluan Sehala Sempit
Buah Limau Jatuh
Parking Luas di Pamukkale. Luar dari Istanbul, semua parking mudah dan senang aje

7. Lain2 di izmir, pamukkale, cappadocia, ankara, bolu, semua park depan rumah host tanah landai rata. cuma di Ankara dan Bursa, nak sampai parking tu, mendaki jugaklah. if sampai dalam keadaan salji tebal, memang agak bahaya.

8. Di Beyoglu, saya park di depan Hotel Marmara Pera. ada central parking besar, tapi takde bumbung. pagi2 kena cuci salji2 keliling kereta dan cermin2. 55lira 24jam. takde bumbung kan.

9. Saya arrange luggage besar hanya turun di beberapa tempat sahaja sebab ada shopping2, so nak susun beg besar tu tak semua tempat perlu turun beg besar. hari2 lain, turun beg kecik je utk barangan perlu je.

10. 3 hari sebelum balik, park dekat penginapan area sultanahmet, saya tido aldem hotel. murah dan ada lift. park di Oto Katli, 80lira 24jam. berbumbung. so takyah cuci2 salji sangat tiap2 pagi. berbumbung kan.

11. 2 minit je heret beg besar sebab ada walkway path. senang. sebab 3 hari terakhir adalah shopping2 org rumah dan kena bawa turun beg besar utk arrangement barang dan timbang.

Semua ini kalau DIY dan Drive Sendiri.Kalau naik teksi, teksi boleh turunkan depan penginapan untuk Drop Off luggage.

12. Cuma kalau tukar2 penginapan, renyah jugak nak heret2 beg kalau naik public trans. kalau drive sendiri, tinggalkan beg besar dalam bonet aje. bawa handluggage or beg galas je.

13. Baca doa naik kenderaan dan doa banyak² sebelum dan semasa memandu dan masa parking doa agar kenderaan kita terjaga tak dilanggar orang etc, mohon perlindungan dariNya.

View dari bilik di Fatih
Beyoglu
Depan Hotel Marmara Pera, Beyoglu, Parking Berbayar
Parking di Hotel Cappadocia. Jika ada hari yang perlu menginap lebih sehari dan perlu bawa turun beg beg besar, carilah parking yang luas dan hotel ada lift atau pembantu untuk angkat beg.
Parking Luas dan Free
May be an image of car and outdoors
Parking di Bursa. Nampak tak salji bawah tu dah mula nak jadi ice, kalau park lama lagi, memang lagi payah nak keluar.
Kena Cuci dulu semua ni sebelum bergerak
Tebal. Jenuh jugalah nak cuci setiap hari.
Laluan Licin turun dari Inkaya ke Bandar Bursa
Keadaan Ribut Salji yang saya dan isteri lalui ketika dalam perjalanan dari Ankara ke Bolu. Saya memilih laluan gunung ini sebab laluan utama, saya lihat berita, highway licin dan banyak treller terbabas, jem, serta bahaya. Jadi, laluan gunung ni tiada lori2 besar lalu. Rupa-rupanya, memang takde kenderaan lalu dan kami lalui ribut salji ni dengan tawakkal tertinggi. Dah lah tayar summer, masa ini tiada lagi tire chain.

200km, hanya 3 kereta selisih dan 1 jentera tolak salji. Di pergunungan, ada kampung, ingat nak berenti minta perlindungan sementara, tapi kampung kosong sebab musim winter, musim sejuk, mereka turun ke bawah atau tempat yang lebih panas sikit, sebab semua bekalan air, beku sepenuhnya. Ribu salji turun, semunya putih.

Jika lihat di video, laluan yang kami kena ribut salji tu, memutih, SNOW BLIND, mujur pakai spek polaroid dan ada uv protect. Dan juga, tiada langsung kesan tayar, salji menebal, bermakna, memang tiada langsung kenderaan melalui jalan ini. Salji setebal setinggi kereta, hapus kereta.

Ketika sampai dan berehat, saya tunjukkan kepada Host di Bolu, dia kata, memang Allah swt bantu kami, kalau ikut logik, tayar summer, tayar biasa, tak lepas laluan gunung dan ribut salji ni, sebab mereka ada 4×4 pun akan letak rantai untuk laluan ni.

Saya menangis dan sujud syukur kami berdua selamat. Memang sejak dari rumah di Malaysia lagi, saya buat solat hajat, doa supaya dijauhkan dari Covid19, doa supaya bertemu orang baik2, tidak di scam, supaya selamat perjalanan setiap hari , diberi hikmah permusafiran, dan selamat perjalanan, kereta tak rosak dan sebagainya. Memang Allah swt tarbiyah saya dalam perjalanan ini. Syukur selamat, menangis kami.

Waktu bila dah nampak sikit2 kesan2 tayar dalam laluan, dah mula ucap syukur. Waktu memutih, saya sendiri pegang dada bahagian jantung, doa supaya saya tak panik dan tenang, walau jantung saya degup 132bpm, dan isteri saya mulai sebak juga time tu, saya suruh dia tidur, dia kata tak boleh nak tidur sebab amat adventure bagi dia. Lihat mulai minit 16:12.
Parking di Rumah Hos di Bolu
Esoknya terus beli Tyre Chain
Parking depan Apartment di Ankara
Nampak kereta dari Bilik

Berminat dengan Tshirt Turkey Istanbul?

Ramai sangat PM saya contact untuk sewa kereta dan drive sendiri di Turkey.

Ada yang nak gi time summer, ok.. ada yang akan ke sini time masih winter, musim sejuk. Saya beri mana yang sempat reply, mana belum, boleh tonton video ini. https://youtu.be/ADmjeiiCBvg

Jika anda suka tengok saya update drive sendiri ni, seronok, tak perlu kejar masa or patuh masa dengan van ejen, takyah macam rombongan sekolah, boleh de-tour or re-tour sesuka hati, saya kena share juga apa risiko memandu dalam cuaca musim sejuk. Its not for everybody dan tengok itinerary.

Untuk perjalanan pesisir pantai Turkey, belah Mediterranean, inshaAllah xde salji sangat time winter. Tapi bila laluan ke tengah daratan dan laluan bukit dan tanah tinggi, cuaca berubah sekelip mata. Susun jadual perjalanan jangan rush jika winter. Day 1 saya susun jarak 500km..day 2 300km..day 3 4 200km..200km tu sebab area gunung.

Expect perubahan cuaca mendadak menyebabkan kita kena berhenti, lap cermin, spray anti freeze kat cermin depan, ada tempat terpaksa pasang rantai pada tayar.If trip anda rushing, jangan pegi musim winter sebab ada risiko. Dalam video ni saya share pejalanan perubahan cuaca dari Cappadocia ke Ankara melalui Aksaray dalam cuaca sejuk bersalji.

3 hari lepas saya lalui separuh jalan sama dalam keadaan gelap malam, memang signboard pun tulis 70kmj dan 50kmj. Ikut.Tanda persimpangan, kelajuan dari 90kmj dia akan ada senggat untuk turun ke 70, 50, 20 dan stop. Jangan late braking dalam cuaca sejuk.

Meluncur tak berhenti. Jangan amalkan pemanduan di Malaysia, cucuk, late braking, takde jarak.Winter drive sini orang local pun jarak antara kereta dan jangan mencelah, jangan tukar lane mengejut, beri signal walau apa jua.

Google map, on voice notification sebab dia akan beritahu lane mana nak stay untuk next junction.

Selebihnya, ada dalam video ini. https://youtu.be/ADmjeiiCBvg

(Visited 1,784 times, 1 visits today)

Written by

Leave a Reply