Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

TIPS BERGAMBAR TAK RAMAI ORANG DI TEMPAT PELANCONGAN

Spread the love

Waktu subuh hari ini 24 Jan 2022 tak ramai solat jemaah disini, mungkin sebab cuaca sejuk dan salji tebelllll…sememangnya waktu isyak dan subuh tu berat bagi sesetengah manusia…semoga dapat pahala berganda lagi bagi yang solat subuh berjemaah dalam cuaca sejuk negatif negatif ni.

Waktu solat, saya tak berfoto.

Tunggu Dhuha time, saya snap2 foto. yang tolong ambil foto saya dalam AyaSofia ni pakcik yang bertongkat, mengaji depan saya lepas subuh sama sama..

Dia senyum aje orangnya.. dia 3 kali snap, saya kata “Oche”. Dia kata “Tamam”.

Rasa meremang bulu roma, disini segala macam sejarah berlaku. Teringat segala yang pernah ditonton dan dibaca.

Dan baca surah Alfath… Inna Fatahna Laka Fathan Mubina…. lagi meremang..Waktu dibuka untuk pelancong, sangat sesak.. risau juga covid..sebab tu pegi waktu subuh2.

Pekerja2 pembersihan, pekerja2 bandaran, lepas subuh semua keluar pakai baju oren, sapu salji2 supaya orang tak licin.Saya bagi salam dan Gunaydin, mereka jawap salam dan Sobarulkhair.Itulah, salam itu adalah saling mendoakan.Berilah salam, walau tak kenal.

Boleh tengok video dari Subuh ke Dhuha disini
May be an image of monument
May be an image of 1 person, outdoors and monument

Berminat dengan Tshirt Turkey Istanbul?

(Visited 142 times, 1 visits today)

Written by

Leave a Reply