Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

TIPS NAIK HOT AIR BALLOON CAPPADOCIA TURKEY

Spread the love

Hot Air Balloon Cappadocia A TO Z | Dari Hotel – Terbang dan Turun | TIPS DAN TRICKS.

  • 1. Deal elok2 dengan hotel anda menginap, boleh dapat best price. Or deal dengan orang turkey yang duduk cappadocia yang ada dalam group ni, dia akan bagi best price.
  • 2. Deal tarikh elok-elok, bukan tiap2 hari naik belon ni. Ada kawan stay 3-4 hari, tak dapat naik, sebab cuaca dan angin kencang.

    Jangan belagak if dapat naik, jangan sedih if tak dapat naik, itukan rezeki masing-masing, sure ada rezeki lain dalam permusafiran dan holiday kita, maybe dapat kenal orang baik, tak kena scam,
    selamat, sihat, dapat shopping murah, dapat bantuan dari orang2 baik, etc.

  • 3. Kalau hotel dan tour kata tarikh sekian2 ada naik, inshaAllah memang naik, sebab operator semua berlesen dan ada insurance dan connected each other dan share info cuaca dengan kajicuaca sana.
  • 4. Walau drive sendiri, tetap kena amik dengan van tour. Sebab start naik tempat lain, turun tempat lain. kalau drive sendiri, nak menapak balik ke tempat naik?

    Dalam 10km -15km gak jarak dia fly, 1 jam 10 minit
  • 5. Van transporter akan pikap jam 6.30am ke 6.55am di hotel2 kita menginap dengan yang lain2. So sempat solat subuh bagi yang muslim, sebelum turun ke lobby hotel tunggu van.
  • 6. Akan di bawa ke starting point. Biasanya gelap lagi keadaannya. Boleh tinggal beg or apa2 dalam van, tapi nak yakin dan tenang di atas sana, barang2 mahal, tinggal je kat bilik hotel, pakai jaket winter tu, kan banyak poket, bawak phone, gopro, insta, wallet, dah. barang2 lain takyah bawak. Pakai UV protection, bawak spek itam kalau ada, tapi sunrise dia tak perit sangat.|
  • 7. Kendian, akan minum2 panas sket sementara diorang sedang siapkan belon. The bila bucket dah ditegakkan, ready untuk naik, standby dekat2 dengan bucket if nak duduk hujung or nak cop spot best, tapi jangan sampai menolak2 atau berebut2.
  • 8. Tapi siapa gayat dan tak tahan sejuk, dinasihatkan stay kat tengah2, supaya dapat rasa kepanasan api dia tu. Zruss Zruss…
  • 9. Jangan bergurau nak buat2 terjun, jangan lompat2, relax dan tenang, zikir dan doa supaya selamat. Jangan goyang2 or buat orang lain takut. Macam saya, buat joke-joke sket dengan captain dan pilot, lain2 pakat gelak, supaya hilang takut2 or gayat2.
  • 10. Untuk hilangkan gayat, tengok horizon langit, jangan jenguk ke bawah. tapi tak gayat sangat lah. InshaAllah selamat.
  • 11. Biasanya 1 jam flight time. Ada yang 1jam 10 minit, maybe ada yang kurang, tengok angin. Setakat ni, diorang kata takde fly untuk sunset, ada fly untuk sunrise saja. Sebab petang biasanya hujan or angin kuat.
  • 12. Biasanya akan mendarat terus atas truck, senang diorang nak load, tu memang cekap punya pilot. Atau dia mendarat kat tapak2 lapang. Takde risau terhentak, ada pemegang tali dan ada bucket tu covered dengan kulit.
  • 13. Dia tak selamanya tinggi, dia naik turun naik turun. 1000m max. Tapi jam garmin saya tunjuk 1300m. 300m 100m dekat2 dengan terrain muka bumi love valley etc pun dia ada turun.
  • 14. Kalau dah sampai Cappadocia, naiklah. kalau tak, menyesal. huhuhu.
  • 15. Biasanya ending ceremony dia popup champagne. Kadang dia sediakan air apple dan cherry. Kalau was-was takyah minum, takde orang marah or paksa minum. Lepas ceremony ni baru dia bagi sijil.
    Masa saya naik, ada mamat german sebelah saya , dia pun tak minum. Takut pening dia kata. Haha.
  • 16. Enjoy the moment. Kalau baik hati, bagilah tips sket dalam lira kat box diorang.

Berminat dengan Tshirt Turkey Istanbul?

(Visited 1,478 times, 1 visits today)

Written by