Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

TIPS OOTD MUSIM WINTER TURKEY

Spread the love

Bagi yang suka OOTD travel musim sejuk di Turkey, tak payah membazir beli winter clothing di Malaysia walau ada promosi.


Tetap mahal sbb kita bukan negara winter..tu mahal… Beli sepasang suit lengkap winter ok dah di Malaysia. jangan takde langsung plak…jadi daging frozen plak kang..


Layer nya lebih kurang begini.

  1. Lepas under wear, pakai Heattech warmer yang cover sampai -50 or -20°c. If pegi area gunung dan black sea, amiklah yang -50°c tu.Tapi kalau dah biasa..-20 cukup.
  2. Tshirt biasa long sleeve. if ada grip lagi bagus. angin sejuk tak masuk.
  3. Knitted wool atau compacted wool.
  4. Then baru sarung winter jacket or down jacket. ada poket lagi bagus. pakai yg tebal2 ni paling luar sebab kalau terlalu banyak layer, nanti masuk mall berpeluh sebab mall ada heater aircond.

Ni cukup dah dari Malaysia. Turun airport Sabiha atau Istanbul belah europah dah boleh tahan dah ni.

Kalau mcm saya, turun2 terus jumpa kereta sewa. knitted wool or jacket jinjing je bawak or bawak dalam handlugage. saya vacuum seal je dari malaysia masuk pouch beg muat…

Dah amik luggage besar keluar airport kalau winter mmg sejuk..bukak beg dan pakai kalau sejuk. jangan fikir stylo atau apa org pandang..badan kita lain2. mcm yg saya tulis sebelum ni…saya dah pernah endure -20°c…

wife saya tak..

2 lapis je.


so dia lebih berlapis2 dari saya…

begitu juga org local pun ada yg tahan sejuk..ada yang tak…tp dengan sejuk jangan main, kita dehyrate tanpa sedar sbb tak peluh, tp badan dehydrated.



Jika musim winter, semua mall dan brand winter clothing murah. LC Waikiki, Defacto, murah yakmat sebab duit kita tinggi dari lira. Rasa mcm geng2 euro shopping di Malaysia lah kiranya.

Ada harga dalam foto, tu Lira, bukan pound. koma tu titik perpuluhan..convert xe converter murah. kalau swab credit card yang bagi 4x cashback spend overseas, ada benda saya beli harga dah la Rm50 jadinya,
cashback dapat Rm25. huhauahaua.

Semua ini terbalik jika anda travel winter di New Zealand, Norway, Scandinavian area… tercekik kad kita kalau buat mcm di Turki ni di sana…

Alhamdulillah. Sekian sedikit perkongsian.

Takyah penuh2kan beg sangat.

Beg saya 8kg je dtg.. beg wife 15kg.

Dan semua baki kg dari 50kg adalah milik dia, takpe..asalkan saya dapat ride disini. hahahahahaa.

Berminat dengan Tshirt Turkey Istanbul?

(Visited 1,407 times, 1 visits today)

Written by

Leave a Reply