Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

TIPS PAKAIAN WINTER DI TURKEY

Spread the love

PERKONGSIAN. What Should I Wear Today?

Daya ketahanan sejuk setiap orang berbeza, berdasarkan brain memory tentang cuaca yang kita pernah hadapi dan lelemak di badan serta apa kita makan.



Jangan ikut orang, bawa 1 set winter protection dan rasai dahulu dari Malaysia, if ok, alhamdulillah, if tak ok, cepat cari LCwaikiki dan beli apa perlu (biasanya yang tak perlu pun akan dibeli 😅)

Alhamdulillah -5°c saya boleh tahan lagi, tanpa berangin lah..snow turun straight je.

Cuma kena sapu layer vaseline tebal sikitlah pada tangan, dan bibir. Bahaya sejuk ni dia kering cepat dan kulit boleh terkopek dan luka.



Kalau -10°c jangan buat hal. Kulit kering terus dan memang boleh terkopek kulit. Pakai fleece dan glove dan protection layer betul2. mcm foto saya pakai downjacket tu, angin kuat, salji hampir melintang dah pergerakan dia.



Compacted wool, snow cap, jeans, bag, stockings, kasut, saya spray Waterproof nano sehari sebelum fly ke Turkey dan bawa sebotol extra dalam check in luggage. Jangan handcarry plak, kena buang nanti.
Saya guna:

  1. Ekosi https://shp.ee/4vq7zez
  2. Ekosi Magic: https://shp.ee/ds35xgz

    Salji macam ni ok, takde angin, so salji yang kena baju, jeans dan kasut, bila cair, air dia tak meresap ke dalam badan.



    Tapi jika salji lebat sangat, better pakai waterproof gear, goretex, atau down jacket berhoodie yang biasanya mmg waterproof. Down jacket saya tak bawak dari Malaysia, beli di LC Waikiki.

    Waktu hampir nak sampai di Ankara salji tebal dan angin kuat, kotoran kat cermin terlalu banyak, pakai downjacket keluar dan cuci cermin guna AntiFreeze dan AntiMist.

    Tengok lokasi dan destinasi anda, saya kalau haritu ada nak masuk mall, pakai layer sikit2 je sebab nantikang kalau tebal2, berpeluh kang. sbb dalam malls diorang bukak aircond heater 23°c.

    Kalau drive area salji memutih, saya pakai spekmata polarized yang up warna kekuningan atau kebiruan sikit, supaya tak letih mata tgk puutih je. dia taklah sampai snowblind, tapi gloomy2 ni jadi kelabuuu je rasa mata.. so bawa spek mata polarized untuk mata yang terjaga.

    Saya pakai Knockaround dan Northweek

    Knocaround: https://shp.ee/yj4sinz
    Northweek: https://shp.ee/nzmrcaz

    Oh yer.. kalau winter. jangan pakai spek frame besi… carilah frame plastic.. sejuk kalau frame besi..

    Kawasan salji dan tempat tinggi, cahaya UV tinggi.. spek ni dua2 UV400 covered. Kalau naik gunung,
    cari yang UV tinggi lagi lah. baru tak sakit mata kita.

    Pelembab kulit, vaseline adalah bagus untuk musim sejuk.

    Kalau area2 tepi laut medi, cuaca sejuk, angin kuat, walau takde salji, pakai juga vaseline. Kalau belah Blacksea lagi lah sejuk yakmat..

Berminat dengan Tshirt Turkey Istanbul?


(Visited 2,743 times, 1 visits today)

Written by

Leave a Reply