Ada yuran bulanan?
Tiada. Anda hanya membayar harga pakej, dan pembaharuan domain atau hosting mulai tahun kedua terus kepada penyedia.
Siapa pemilik website dan domain?
Anda. Semuanya didaftar atas nama anda dan diserahkan selepas siap.
Boleh ubah teks selepas siap?
Untuk kedai, anda ada panel admin untuk urus produk dan pesanan. Untuk Landing Page dan Laman Info, tiada panel edit, jadi perubahan disebut harga berasingan.
Kenapa Landing Page dan Laman Info tiada troli?
Kedua-duanya direka untuk mengarahkan pelanggan ke WhatsApp anda. Kalau anda mahu pelanggan bayar terus dalam website, pilih Kedai Mula.
Perlu SSM?
Tidak untuk Landing Page dan Laman Info. Untuk kedai online, bayaran melalui CHIP memerlukan akaun CHIP anda sendiri, yang memerlukan pendaftaran SSM.
Berapa lama siap?
Tempoh dipersetujui semasa tempahan, bergantung pada pakej dan seberapa cepat bahan diterima.
Boleh dapat komisen kalau saya kenalkan kawan?Boleh. Daftar sebagai affiliate dan dapat RM60 hingga RM500 setiap tempahan.
Lihat program affiliate.
Apa terma bayaran balik dan semakan?Semuanya ada dalam
Terma & Syarat pakej website: deposit, 2 pusingan semakan, domain dan hosting, serahan, serta pembatalan.
Boleh naik taraf kemudian?Boleh. Emel
[email protected] dan kami bincangkan kos naik taraf.