Meja Closing – Tool Closing Takaful untuk Ejen
Untuk ejen takaful · semua syarikat

Closing lebih jelas.
Depan mata prospek.

Kira jurang perlindungan prospek terus di skrin. Cuba demo di bawah, 5 kalkulator, tak perlu daftar.

Cuba paparan sebenar: Hibah

Terus ke harga ↓

Ini skrin sebenar Meja Closing. Hibah boleh dicuba penuh: isi angka, baca skrip borak, bantahan dan risiko ditolak. Produk lain (yang pudar) terbuka dalam aplikasi penuh.

Cara guna, 3 langkah

Dari buka tool sampai prospek faham.

1Pilih topikHibah, medical, CI, keyman atau risiko harian.
2Masukkan angkaTool kira jurang dan tunjuk secara visual.
3Hantar ringkasanSalin ke WhatsApp prospek. Tiada data disimpan.

Tonton Demo Meja Closing

Lihat cara Meja Closing membantu ejen takaful menerangkan keperluan perlindungan kepada prospek.

Video tidak dapat dimainkan? Tonton terus di YouTube ↗

Harga & akses

Emel peringatan dihantar 3 hari sebelum tamat. Perbaharui bila-bila, tarikh disambung.

Paling mudah
RM20 / 30 hari
🔥 HARGA PROMOSI · 100 EJEN PERTAMA
⏳ Slot terhad untuk V1
Dapatkan Aplikasi Meja Closing
Tebus
T-shirt / Ebook
  • Beli t-shirt atau ebook CycleDesign
  • Dapat akses 30 hari

Soalan lazim

Boleh guna untuk ejen syarikat mana?

Mana-mana syarikat takaful. Tool tidak mewakili mana-mana syarikat.

Boleh guna beramai-ramai?

Tidak. Lesen untuk kegunaan peribadi ejen berdaftar sahaja. Untuk kumpulan, setiap peserta melanggan sendiri, atau jemput sesi taklimat Meja Closing (kadar dipersetujui ikut saiz audiens, lokasi atau dalam talian).

Boleh login di banyak peranti?

Satu sesi aktif sahaja. Login baru akan menendang sesi lama.

Ini nasihat kewangan rasmi?

Tidak. Ia alat bantu penerangan. Angka ialah anggaran, rujuk kontrak dan pelan sebenar syarikat anda.

Nak tanya dulu?

Klik di sini untuk WhatsApp.

Penafian

Meja Closing ialah alat bantu perbincangan dan perancangan untuk ejen takaful berdaftar. Ia bukan dokumen rasmi mana-mana pengendali takaful, dan tidak mewakili Prudential BSN Takaful Berhad atau syarikat lain.

Semua kiraan, contoh produk, kadar dan sebut harga ialah anggaran dan ilustrasi pendidikan sahaja. Ia bukan sebut harga, bukan kontrak, bukan jaminan kelulusan atau tuntutan, dan bukan nasihat kewangan, pelaburan, cukai, undang-undang atau perubatan.

Manfaat, caruman dan syarat sebenar tertakluk kepada Helaian Pendedahan Produk (PDS), ilustrasi rasmi, dokumen sijil, pengunderaitan dan terma pengendali. Nilai tunai dan pulangan pelan berkaitan pelaburan tidak dijamin. Contoh tuntutan lepas tidak menjamin tuntutan akan datang.

Ejen bertanggungjawab memastikan setiap pembentangan selaras dengan garis panduan syarikat masing-masing, Bank Negara Malaysia dan badan kawal selia berkaitan, serta menggunakan bahan rasmi syarikat semasa permohonan. Prospek perlu mengisytiharkan maklumat kesihatan dengan lengkap dan benar melalui saluran rasmi.

Privasi (PDPA 2010): alat ini tidak menyimpan atau menghantar data prospek. Gunakan nama ringkas atau panggilan prospek sahaja. Jangan masukkan nombor IC atau butiran perubatan terperinci.

Lesen penggunaan: lesen peribadi kepada seorang ejen yang mendaftar. Login tidak boleh dikongsi. Tidak boleh digunakan secara berkumpulan, dirakam, disalin, dijual semula atau dijadikan bahan agensi. Untuk latihan kumpulan, setiap peserta melanggan sendiri, atau jemput sesi taklimat Meja Closing pada kadar yang dipersetujui.

© 2026 Mohd Zulhafidz Yahaya (TSYOK DESIGN / CycleDesign). Kandungan, teks, reka bentuk, grafik dan kalkulator adalah hak milik beliau.

CycleDesign · TSYOK DESIGN