Untuk ejen takaful · semua syarikat

Closing lebih jelas.
Depan mata prospek.

Kira jurang perlindungan prospek terus di skrin. Cuba demo di bawah, 5 kalkulator, tak perlu daftar.

Cuba paparan sebenar: Hibah

Terus ke Meja Closing Plans ↓

Ini skrin sebenar Meja Closing. Hibah boleh dicuba penuh: isi angka, baca skrip borak, bantahan dan risiko ditolak. Produk lain (yang pudar) terbuka dalam aplikasi penuh.

Cara guna, 3 langkah

Dari buka tool sampai prospek faham.

1Pilih topikHibah, medical, CI, keyman atau risiko harian.
2Masukkan angkaTool kira jurang dan tunjuk secara visual.
3Hantar ringkasanSalin ke WhatsApp prospek. Tiada data disimpan.

Tonton Demo Meja Closing

Lihat cara Meja Closing membantu ejen takaful menerangkan keperluan perlindungan kepada prospek.

Video tidak dapat dimainkan? Tonton terus di YouTube ↗

Meja Closing Plans

Emel peringatan dihantar 3 hari sebelum tamat. Tiada potongan automatik.

🔥 V1 · HARGA PERINTIS
RM20 / 30 hari
⏳ 100 ejen pertama sahaja · slot terhad

Harga RM20 dikunci 12 bulan pertama. Selepas itu, diskaun tetap 20% untuk mana-mana pelan.

Ambil Slot Perintis →
✅ TERSEDIA SEKARANG
  • ✔️ 7 modul kalkulator + skrip borak + jawapan bantahan
  • ✔️ Salin ringkasan ke WhatsApp prospek
  • ✔️ Akses aktif automatik selepas bayar
⭐ KELEBIHAN KHAS PERINTIS
  • ⭐ Graf, muat turun JPEG & PDF, kongsi email AKAN DATANG
  • ⭐ Watermark logo & nama sendiri AKAN DATANG
  • ⭐ Akses awal uji modul baru AKAN DATANG
  • ⭐ Lencana "Ejen Perintis" AKAN DATANG
  • ⭐ Daftar reseller percuma, dapat komisyen AKAN DATANG
💡
Satu kes yang berjaya ditutup sudah menampung kos langganan sebulan.Pelaburan kecil untuk alat yang digunakan di setiap sesi closing. Pulangannya bermula seawal kes pertama.

Pelan V2

Dibuka selepas 100 slot Perintis penuh

Basic

Ejen yang mahu mula membentang berasaskan data

RM35 / bulan
Sekitar RM1.17 sehari
  • ✔️ 7 modul kalkulator
  • ✔️ Skrip borak + jawapan bantahan
  • ✔️ Salin ringkasan ke WhatsApp
  • – Graf visual & JPEG
  • – PDF + watermark ejen
Akan dibuka
PALING BERBALOI

Plus

Ejen yang mahu prospek melihat angka dengan jelas

RM49 / bulan
Sekitar RM1.63 sehari · graf membantu prospek membuat keputusan lebih cepat
  • ✔️ Semua dalam Basic
  • ✔️ Graf bar, pie & garisan
  • ✔️ Muat turun JPEG + kongsi WhatsApp
  • – PDF + email
  • – Watermark "Disediakan oleh"
Akan dibuka

Pro

Ejen senior, MDRT & prospek korporat

RM69 / bulan
Sekitar RM2.30 sehari · laporan berjenama anda sendiri
  • ✔️ Semua dalam Plus
  • ✔️ Muat turun PDF + hantar email
  • ✔️ Watermark logo, nama & no. ejen
  • ✔️ Laporan bertema profesional
Akan dibuka

Pelan V2 diaktifkan apabila slot Perintis penuh.

CiriPerintisBasicPlusPro
7 modul + skrip + bantahan✓✓✓✓
Salin ke WhatsApp✓✓✓✓
Graf + JPEG✓–✓✓
PDF + email + watermark✓––✓
Uji modul baru (beta)✓–––
Reseller (komisyen)✓–––
BulananRM20RM35RM49RM69
TahunanRM199RM349RM489RM689

Soalan lazim

Boleh guna untuk ejen syarikat mana?

Mana-mana syarikat takaful. Tool tidak mewakili mana-mana syarikat.

Boleh guna beramai-ramai?

Tidak. Lesen untuk kegunaan peribadi ejen berdaftar sahaja. Untuk kumpulan, setiap peserta melanggan sendiri, atau jemput sesi taklimat Meja Closing (kadar dipersetujui ikut saiz audiens, lokasi atau dalam talian).

Boleh login di banyak peranti?

Satu sesi aktif sahaja. Login baru akan menendang sesi lama. Login tidak boleh dikongsi atau di-pass kepada ejen lain; akaun yang melanggar akan disekat.

Apa itu harga Perintis?

Tawaran untuk 100 ejen pertama: RM20 sebulan dikunci untuk 12 bulan pertama, kemudian diskaun tetap 20% untuk mana-mana pelan. Kelebihan khas Perintis yang bertanda "akan datang" akan dibuka secara berperingkat.

Ini nasihat kewangan rasmi?

Tidak. Ia alat bantu penerangan. Angka ialah anggaran, rujuk kontrak dan pelan sebenar syarikat anda.

Nak tanya dulu?

Klik di sini untuk WhatsApp.

Penafian

Meja Closing ialah alat bantu perbincangan dan perancangan untuk ejen takaful berdaftar. Ia bukan dokumen rasmi mana-mana pengendali takaful, dan tidak mewakili Prudential BSN Takaful Berhad atau syarikat lain.

Semua kiraan, contoh produk, kadar dan sebut harga ialah anggaran dan ilustrasi pendidikan sahaja. Ia bukan sebut harga, bukan kontrak, bukan jaminan kelulusan atau tuntutan, dan bukan nasihat kewangan, pelaburan, cukai, undang-undang atau perubatan.

Manfaat, caruman dan syarat sebenar tertakluk kepada Helaian Pendedahan Produk (PDS), ilustrasi rasmi, dokumen sijil, pengunderaitan dan terma pengendali. Nilai tunai dan pulangan pelan berkaitan pelaburan tidak dijamin. Contoh tuntutan lepas tidak menjamin tuntutan akan datang.

Ejen bertanggungjawab memastikan setiap pembentangan selaras dengan garis panduan syarikat masing-masing, Bank Negara Malaysia dan badan kawal selia berkaitan, serta menggunakan bahan rasmi syarikat semasa permohonan. Prospek perlu mengisytiharkan maklumat kesihatan dengan lengkap dan benar melalui saluran rasmi.

Privasi (PDPA 2010): alat ini tidak menyimpan atau menghantar data prospek. Gunakan nama ringkas atau panggilan prospek sahaja. Jangan masukkan nombor IC atau butiran perubatan terperinci.

Lesen penggunaan: lesen peribadi kepada seorang ejen yang mendaftar. Login tidak boleh dikongsi. Tidak boleh digunakan secara berkumpulan, dirakam, disalin, dijual semula atau dijadikan bahan agensi. Untuk latihan kumpulan, setiap peserta melanggan sendiri, atau jemput sesi taklimat Meja Closing pada kadar yang dipersetujui.

© 2026 Mohd Zulhafidz Yahaya (TSYOK DESIGN / CycleDesign). Kandungan, teks, reka bentuk, grafik dan kalkulator adalah hak milik beliau.

CycleDesign · TSYOK DESIGN