Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt
Syariah Asset Solutions | Risk Management
Risk Management & Wealth Advisory

Syariah Asset Solutions

For You, Your Future Generations and Beyond

Isu utama bukan sahaja bagaimana kekayaan dibina, tetapi bagaimana ia dipelihara dan diagihkan dengan teratur. Pastikan aset tunai keluarga sampai terus kepada penerima pilihan anda, tanpa pembekuan, pertikaian atau kelewatan pentadbiran.

Keluarga tiga generasi berbaju Melayu tersenyum di bawah pokok ketika matahari terbenam
7–21
hariTempoh waris menerima Quick Asset, tanpa menunggu probet atau faraid
Asset ProtectionPerlindungan AsetBebas daripada tuntutan cukai dan pemiutang.
Wealth TransferPengagihan AsetPenerima menerima manfaat dalam masa 7–21 hari.
Shariah ComplianceKepastian SyariahPrinsip hibah mutlak, mengatasi isu perebutan faraid.
Generational ContinuityKelestarian KeluargaGenerasi seterusnya mendapat akses segera kepada sumber kewangan.
Pengenalan

Legasi kewangan yang sampai ke tangan yang betul

Statistik menunjukkan berbilion ringgit aset umat Islam masih terbeku setiap tahun akibat isu probet, faraid, serta ketiadaan instrumen pengurusan harta yang efisien.

Syariah Asset Solutions ialah platform penyelesaian menyeluruh untuk memastikan aset tunai (cash asset) dan kekayaan keluarga disalurkan terus kepada penerima pilihan, tanpa proses pembekuan, pertikaian undang-undang, atau kelewatan pentadbiran.

Berlandaskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), solusi ini menawarkan pendekatan berstruktur untuk anda, generasi anda dan seterusnya.

Legasi kewangan anda bukan sahaja terpelihara, malah dimanfaatkan dengan penuh hikmah oleh waris yang ditinggalkan.

  • Perlindungan AsetAset tunai dilindungi daripada tuntutan cukai dan pemiutang.
  • Pengagihan Aset PantasPenerima menerima manfaat dalam masa 7–21 hari, terus kepada penama.
  • Kepastian SyariahMematuhi prinsip hibah mutlak dan mengatasi isu perebutan faraid.
  • Kesinambungan GenerasiGenerasi seterusnya mendapat akses segera kepada sumber kewangan.
Risiko Proses Pengagihan Aset Warisan Muslim di Malaysia

Harta pusaka tidak dituntut terus meningkat

RM90 bilion

Anggaran harta pusaka tidak dituntut di Malaysia setakat Julai 2025. Harta ini tidak dapat dimanfaatkan sebagai rumah, tanah, modal perniagaan atau wang tunai untuk waris, komuniti dan ummah.

Nilai dalam bilion ringgit (RM). Sumber: laporan media dan kajian akademik yang dirujuk di bawah.

Punca 1

Kekurangan perancangan semasa hidup

Ramai tidak menyediakan wasiat, hibah atau trust. Tanpa dokumen ini, tuntutan pusaka jadi lambat atau perlu mengikut faraid sahaja yang kadang-kala rumit.

Punca 2

Dokumen waris dan harta tidak lengkap

Sijil kematian, sijil kelahiran waris, hak milik belum dinamai atau dipindah milik, ketiadaan rekod. Ini menghalang waris mengemukakan tuntutan.

Punca 3

Pertikaian keluarga / wakil waris

Apabila waris tidak bersetuju tentang bahagian faraid, pewarisan atau pentadbiran pusaka, masa dan kos meningkat.

Punca 4

Kos pengurusan harta

Harta besar memerlukan kos guaman, pentadbiran, duti setem dan fi lain. Waris biasanya tiada tunai segera, jadi harta beku lebih lama.

Kolaj keratan akhbar tentang harta pusaka beku di Malaysia dari 2004 hingga 2018

Isu yang dilaporkan sejak 2004

Dari RM28 bilion pada 2004 kepada RM90 bilion pada Julai 2025, jumlah aset yang tersekat terus bertambah setiap tahun apabila keluarga tidak mempunyai perancangan yang jelas.

Kos Pengurusan Harta Pusaka

Waris perlukan tunai untuk mencairkan harta anda

Selain isu dokumen dan proses, kos menjadi halangan utama. Bagaimana pasangan dan anak-anak mahu melunaskan kos ini jika aset anda dibekukan di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97)?

Contoh anggaran kos pentadbiran & guaman

RM250,000
±RM5k–10k
RM500,000
±RM10k–15k
RM1 juta
±RM20k–30k
RM2 juta
±RM40k–50k
RM10 juta
Ratusan ribu ringgit

Masalahnya: waris biasanya tiada modal tunai segera untuk membiayai kos ini. Akibatnya, harta jadi “beku” lebih lama.

Kalkulator

Anggaran Fi Pentadbiran Pusaka Amanah Raya

RM
Jumlah fi yang perlu disediakan waris
RM217,750
≈ 1.09% daripada jumlah harta

Formula: 5% bagi RM25,000 pertama, 4% bagi RM225,000 berikutnya, 3% bagi RM250,000 berikutnya, 2% bagi RM500,000 berikutnya, 1% bagi baki. Anggaran sahaja, belum termasuk kos guaman, mahkamah dan duti setem.

Tanpa perancangan vs Hibah Takaful

Berapa lama waris anda perlu menunggu?

Tatal ke bawah dan lihat dua laluan yang sama bermula pada hari musibah berlaku.

Simpanan, KWSP, ASNB, Tabung Haji, Unit Trust / FD

Bertahun
Aset dibekukanKumpul dokumen warisSurat Kuasa Mentadbir / ProbetPembahagian faraidPertikaian?Bayar fi & guamanAset dicairkan

Aset Tunai Hibah Takaful (IFSA 2013)

7–21 hari
Tuntutan dikemukakanDokumen kematian lengkapDibayar terus kepada penama

Dengan penamaan hibah, syarikat takaful membayar manfaat dalam tempoh 30 hari selepas menerima dokumen kematian yang lengkap. Aset lain biasanya “freeze” sehingga proses probet atau faraid selesai.

Risk Management & Solutions

Concern & Risk Awareness mengikut peringkat usia

Setiap fasa hidup ada cabaran kewangan tersendiri. Pilih usia anda, semak setiap risiko, dan tandakan persediaan yang anda sudah ada.

Pasangan muda bersama anak kecil di hadapan rumah dan kereta
0/5

Tandakan risiko yang anda sudah ada persediaan.

Semak jurang saya
Pasti & Tidak Pasti

Hidup ada dua pengakhiran kewangan

Kematian itu pasti. Hilang upaya kekal (TPD) atau penyakit kritikal pula tidak pasti, tetapi kos sara hidup keluarga tetap berjalan.

Pasti · CertaintyLIFETidak Pasti · Uncertainty
DeathKeluarga hilang sumber pendapatan dan aset boleh beku.
Komitmen berterusan
  • Housing loan
  • Car loan
  • Personal loan
  • Education
  • Food & clothing
  • Vacation & utilities
  • Takaful / insurance
  • Other expenses
TPD / Critical IllnessPurata tempoh hidup selepas TPD ialah 10 tahun.
Kalkulator

Kelayakan perlindungan 10× gaji tahunan

10 tahun perlindungan pendapatan, selari dengan purata tempoh hidup selepas TPD. Angka di bawah ialah contoh; masukkan angka anda.

RM
RM
Kelayakan (10×)RM960,000
Sedia adaRM200,000
JurangRM760,000

Bar ungu menunjukkan bahagian kelayakan yang sudah dilindungi; bahagian merah jambu ialah jurang perlindungan.

Fasiliti Melalui Syariah Asset Solutions

Hibah Takaful sebagai fasiliti pengurusan aset

Walaupun anda sudah ada estate planning (wasiat, faraid, trust, pentadbiran pusaka), Hibah Takaful di bawah IFSA 2013 melengkapkannya dengan aset tunai segera (quick cash asset) kepada waris tanpa menunggu probet, faraid atau pusaka selesai.

Peranan Hibah Takaful

Menyediakan tunai segera kepada waris sebaik sahaja peserta meninggal dunia. Dana ini boleh digunakan untuk:

  • Membiayai kos pengurusan harta (guaman, mahkamah, duti).
  • Menyelesaikan hutang si mati.
  • Menampung kos sara hidup keluarga sementara menunggu proses pusaka selesai.

Kelebihan Hibah Takaful

  • Berfungsi sebagai “modal awal” untuk waris agar tidak tersekat dalam proses tuntutan harta.
  • Perlindungan kewangan segera tanpa perlu menunggu prosedur pusaka yang panjang.
  • Memudahkan peralihan harta dan menjamin kesinambungan legasi keluarga.

Manfaat bersama semua pelan

  • TPD: pampasan tunai jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh.
  • Cash Value: nilai tunai terkumpul sepanjang tempoh sijil, boleh dijadikan aset cair.
  • Legacy Bonus & Legacy Booster: tambahan nilai legasi dan pengganda perlindungan.
  • Multiplier: gandaan pampasan untuk kemalangan, luar negara dan bencana alam.
Kelebihan Aset Tunai (IFSA 2013)

Enam sebab aset tunai hibah sampai lebih cepat

1

Bebas daripada Akta Probet & Faraid

Hibah takaful yang sah tidak termasuk dalam harta pusaka. Tiada proses probet (Surat Kuasa Mentadbir) atau pembahagian faraid. Waris menerima manfaat cepat dan terus.

2

Creditor's Proof

Manfaat melalui penamaan hibah bersyarat tidak boleh dituntut oleh pemiutang si mati, kecuali terbukti ada unsur penipuan ketika sijil diambil. Waris mendapat tunai bersih.

3

Bebas daripada Pertikaian

IFSA 2013 (Jadual 10): penamaan tidak boleh dibatalkan melalui wasiat atau apa-apa tindakan lain. Waris lain tidak boleh mencabar hibah takaful melalui wasiat.

4

Penerima Jelas

Penama bukan sekadar pemegang amanah, tetapi penerima mutlak manfaat hibah. Wang sampai kepada orang yang benar-benar diniatkan semasa hidup.

5

Manfaat Perlindungan Tambahan

Selain Quick Cash Asset: Cash Value, Legacy Bonus, Legacy Booster dan Multiplier. Hibah takaful menjadi aset perlindungan generasi, bukan sekadar simpanan.

6

Pembayaran Pantas

Syarikat takaful boleh membayar dalam tempoh 30 hari selepas dokumen kematian lengkap diterima, berbanding akaun lain yang dibekukan sehingga probet/faraid selesai.

PlatformAset Tunai
(IFSA 2013)
Akaun SimpananKWSPAkaun ASNBTabung HajiUT / FD
TujuanPerlindungan, Perwarisan, PersaraanKegunaan harianPersaraanSimpananTunaikan ibadah hajiPelaburan
Bebas Akta Probet & Faraid?✓✕✕✕✕✕
Creditor's proof?✓✕✓✕✕✕
Bebas dari pertikaian?✓✕✕✕✕✕
Penama atau penerima?Penerima Hibah BersyaratPenamaPenamaPenama / penerimaPenama / penerimaPenama
Manfaat perlindungan✓✕✕✕✕✕
Bayaran selepas kematianHibah terus kepada penerimaFreeze. Tertakluk proses probetTertakluk % penamaan & proses probetFreeze. Tertakluk proses probetFreeze. Tertakluk proses probetFreeze. Tertakluk proses probet
Contoh Pakej Quick Asset

Pilih jumlah aset tunai dan tempoh caruman

Hibah Takaful (contoh: WarisanGold) dengan manfaat perlindungan, gandaan pampasan, Legacy Bonus dan nilai tunai. Tukar pilihan di sebelah untuk melihat angka berubah.

Perlindungan & gandaan pampasan Sama untuk semua tempoh caruman

Unjuran nilai tunai (Cash Value)* Caruman 5 tahun

* Nilai tunai adalah unjuran sahaja. Jadual penuh dijana dalam sebut harga rasmi (SQS).

Manfaat tambahan

Melindungi keluarga & aset sedia ada Penerima terima manfaat terus dalam 30 hari Mengatasi faraid melalui IFSA 2013 Aset sangat cair Bebas cukai (layak pelepasan cukai) Creditor's proof Perlindungan menyeluruh Waiver (Contributor Protect)

Waiver (Contributor Protect): sijil menjadi bebas caruman jika pencarum disahkan menghidap penyakit kritikal yang menyebabkan hilang pendapatan, penamatan pekerjaan, atau selepas pengesahan perubatan.

Agihan terus kepada penerima Peratus bulat, tiada perpuluhan

Quick Asset boleh diagihkan kepada beberapa penerima mengikut peratusan yang anda tetapkan, selaras dengan syarat penamaan penerima.

Bilangan penerima
3

Ilustrasi berdasarkan contoh sebut harga (pilihan RM2,000,000 ialah anggaran berkadar): lelaki, 40 tahun, tidak merokok, pekerjaan kelas 1 (risiko rendah), sihat tanpa penyakit kritikal sedia ada. Caruman dan nilai sebenar bergantung pada umur, jantina, tahap kesihatan dan pekerjaan anda. Hubungi penasihat untuk sebut harga peribadi.

Aset Syariah Anda Dilindungi Akta APKI 2013 | IFSA 2013

Apa kata undang-undang tentang penamaan hibah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), Jadual Kesepuluh (Penamaan). Tekan setiap perkara untuk penjelasan ringkas.

Muka depan Undang-Undang Malaysia Akta 759, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
Subperenggan 4(2)Pembatalan penamaan
“Suatu penamaan tidak boleh dibatalkan melalui suatu wasiat atau melalui apa-apa tindakan, keadaan atau cara lain.”
  • Penamaan hibah yang sudah dibuat tidak boleh dicabar atau dibatalkan dengan wasiat.
  • Wasiat hanya berkuat kuasa ke atas harta pusaka biasa, bukan ke atas manfaat hibah takaful.
  • Penamaan hibah adalah muktamad dan mengikat, selagi tidak ditukar oleh peserta sendiri semasa hidup.
Penama meninggal dahuluJika penama hibah meninggal lebih awal
“...jika penama hibah meninggal lebih awal daripada peserta takaful, maka manfaat akan kembali jadi harta pusaka peserta takaful, kecuali ada penama lain dinamakan.”

Contoh: jika penama (isteri) meninggal lebih awal, hibah itu tidak lagi sah kepada arwah. Manfaat akan:

  • Dikembalikan menjadi harta pusaka peserta takaful, atau
  • Dibayar kepada penama lain yang masih hidup jika ada lebih daripada seorang penama.
Subperenggan 5(1)Pembayaran manfaat
“Pengendali takaful berlesen hendaklah membayar manfaat takaful mengikut arahan penamaan apabila menerima tuntutan...”
  • Syarikat takaful mesti membayar terus kepada penama berdasarkan arahan penamaan yang sah.
  • Tidak perlu melalui proses faraid, probet atau surat kuasa mentadbir.
Kontrak takaful keluarga tidak boleh tandingPerlindungan selepas 2 tahun (incontestable)

Jika sijil takaful keluarga sudah berjalan lebih daripada 2 tahun, kontrak tidak boleh ditolak oleh syarikat takaful semata-mata kerana salah maklumat dalam borang permohonan, laporan doktor atau dokumen lain.

  • Kecuali ada unsur penipuan: kontrak hanya boleh dibatalkan jika syarikat membuktikan maklumat itu mengenai perkara material dan dibuat dengan niat menipu.
  • Jika dibatalkan kerana penipuan: syarikat wajib memulangkan caruman yang dibayar, mengikut jumlah yang ditentukan Bank Negara Malaysia.
  • Perkara material: fakta penting yang, jika diketahui dari awal, mungkin menyebabkan sijil tidak dikeluarkan atau dikeluarkan dengan terma kurang baik.

Tujuannya melindungi peserta dan waris daripada tuntutan ditolak atas alasan kecil selepas bertahun membayar caruman.

Kesimpulan
  • Hibah takaful tidak boleh dibatalkan dengan wasiat.
  • Penama hibah menerima terus, tanpa melalui pusaka.
  • Jika penama meninggal dahulu, manfaat menjadi pusaka atau kepada penama lain (jika ada).
Hadis Perwarisan

Daripada Sa‘ad bin Abi Waqqas r.a. berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai banyak harta dan aku hanya mempunyai seorang anak perempuan sebagai pewaris. Bolehkah aku berwasiat dengan dua pertiga daripada hartaku?”

Baginda bersabda: “Tidak.” “Separuh?” “Tidak.” “Satu pertiga?”

Baginda bersabda: “Satu pertiga, dan satu pertiga itu sudah banyak.

Sesungguhnya engkau meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin hingga meminta-minta kepada manusia.”

Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasaya, no. 2742 · Sahih Muslim, Kitab al-Wasiyyah, no. 1628
Hadis Perancangan & Ikhtiar

رُوِيَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أُرْسِلُ نَاقَتِي وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ: «اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ»

“Ikatlah untamu, kemudian bertawakkallah.”

HR al-Tirmizi, no. 2517 (hasan)

Ikhtiar dan usaha terancang adalah tanggungjawab manusia, dan tawakal datang selepas itu. Dalam pengurusan kewangan dan harta, kita perlu “mengikat unta” dahulu dengan strategi perancangan aset dan legasi, barulah berserah kepada Allah.

Potret Mohd Zulhafidz Yahaya berkot hitam
Penasihat Anda · Kepercayaan Antarabangsa & Tempatan

Mohd Zulhafidz Yahaya

MDRTRisk Management & Wealth AdvisorS2400060 / 3038651

Membantu keluarga Muslim merancang perlindungan, perwarisan dan legasi melalui Hibah Takaful di bawah IFSA 2013, supaya aset sampai kepada waris dengan cepat, jelas dan patuh Syariah.

Anugerah MDRT 2025, Mohd Zulhafidz bin Yahaya
MDRT 2025Million Dollar Round Table
PRU Service Mark Qualifier 2024, jumlah perlindungan RM23,679,000
PRU Service Mark 2024RM23,679,000 jumlah perlindungan
PRU Service Mark Qualifier 2023, jumlah perlindungan RM27,488,000
PRU Service Mark 2023RM27,488,000 jumlah perlindungan
Buka Akaun “Quick Asset” Anda

Dua langkah untuk bermula

Lengkapkan Borang Maklumat Pelanggan

Isikan maklumat yang diperlukan untuk proses permohonan. Semua maklumat dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak akan dikongsi dengan pihak lain.

Pindahan aset

Pindahan boleh dilakukan dengan cara berikut:

Kad debit atau kad kreditBagi pindahan kurang daripada RM20,000 (terus di laman web Prudential BSN).
FPX transferSehingga RM30,000 bagi setiap pindahan (terus di laman web Prudential BSN).
Bank draf atau cek atas namaPRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
SyariahAssetSolutions

Mohd Zulhafidz Yahaya · MDRT · Risk Management & Wealth Advisor
Kod Ejen S2400060 · ID Ejen 3038651

Prudential BSN Takaful Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Semua angka pakej ialah ilustrasi dan unjuran berdasarkan contoh sebut harga. Nilai tunai tidak dijamin. Manfaat, caruman dan kelayakan tertakluk kepada terma, syarat dan pengunderaitan Prudential BSN Takaful Berhad.

Anggaran kos pentadbiran pusaka adalah panduan umum dan boleh berbeza mengikut kes.

© 2026 Zulhafidz Yahaya. Hak cipta terpelihara. cycledesign.my/SyariahAssets