Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

Orang Malaysia Kaya-Kaya, Playstation 5 Habis Pre-Order?

Spread the love
ORANG MALAYSIA KAYA² PS5 HABIS??

KENAPA RAMAI NAK JADI 1ST TO OWN? KENAPA RAMAI SANGGUP PRE-ORDER WALAU ADA HICCUP?

Jam 12.01 Minit kat web sony store Malaysia Sold Out.
Jam 12.05 minit kat Shopee habis kat Lazada official sony pun sold out.
Kat HGit habis. sengheng habis. Mana-mana pun sold out untuk 1st Batch.
Ps4 keluar 7 tahun dahulu, kini versi Pro pun hanya Rm1300.
Tapi Ps4 Pro masih legit dengan capaian terkini.

Sony PS5 ni dah rumors sejak 2 tahun lepas.
Dan tengah tahun lepas dah leak bentuk dan spesifikasinya dan beberapa game yang mampu capai 8K 120fps menggiurkan ramai pencinta seni, arts, scenery dalam permainan-permainan yang bakal dikeluarkan.
Jadi, dah 2 tahun orang kumpul duit. Jadi semalam, ada yang berpakat anak beranak, pegang phone masing2, add to cart, serentak klik checkout pun, hanya salah sorang je dapat (dari cerita dalam beberapa ps4 ps5 fb group)
Tambahan kini musim PKP, orang ramai cuma menghilangkan tekanan-tekanan harian dengan bermain game bersama keluarga tersayang agar tidak menyimpan tekanan-tekanan ini, ia bahaya kepada mental dan fizikal (ayat penyedap hati)
Bagi yang bakal dapat 1st Batch Sony Ps5 ini, mereka ada peluang membuat content di youtube, untuk Unboxing, dan menjadi orang terawal untuk ulas apa apa sahaja mengenainya, bermain awal game game yang dibangunkan khas untuk Ps5, dan bakal mendapat carian, view, rating watchour yang mungkin cepat dan tinggi kerana itu adalah keyword carian terkini. (ni yang ramai nak rebut 1st batch ni)
Bahkan, scalper yang dibenci ramai makhluk di langit dan dibumi pun akan wujud dan akan ada orang beli, tambahan content creator, youtube unboxing yang belum dapat sponsors dari sony atau kedai2 game, kerana mereka beli bukan sekadar nak main kosong, tapi nak buat content.
Tapi inshaAllah, bagi yang cepat muak, tiada perancangan untuk ROI, tiada perancangan review, stream, content creator, memang sole purpose adalah untuk bermain game, mungkin mereka akan jual cepat selepas merasa bosan, game favourite dah habis main, dan akan mencuba console lain pula seperti Xbox siri terkini atau mula develope pc gaming berspesifikasi ultra, kerana game console, tiadalah boleh untuk pemain create add-on, scripting, modding, skin dan sebagainya.
GTA5 dimain sehingga hari ini dan ia antara content game yang bertahan bertahun-tahun kerana ia boleh dipelbagaikan skins, addon, mods, etc, oleh pemain-pemain computer dan ia kini bagaikan game open world + open source. Pelbagai modifikasi dilakukan kerana pemain sudah habis segala misi dan hidden mission.
Berbalik kepada tajuk, bukan semua orang Malaysia membeli Ps5 semalam.
Ada yang tak terfikir dan tidak ambil pusing pun tentang ps5 ini, kerana ada yang lebih penting dalam kehidupan mereka dan ada yang lebih utama.
Dikhabarkan, untuk 1st batch ini, hanya sekitar 1000 -1500 unit untuk pasaran dan launching di Malaysia. (Tak pasti secara tepat)
Jadi, hanya sekitar 0.004% sahaja rakyat Malaysia yang membelinya semalam pada harga Rm2299 itu. Tu pun ada beli digital version Rm1800 tu.
Tidaklah semua orang kaya dan tidaklah semua orang miskin dalam PKPB ni.
Ramai sahaha orang kaya yang buat bantuan dalam PKPB ini disamping ramai yang terkesan juga.
Ada bisnes yang booming dalam PKP, bisnes webcam, bisnes ring light dan bisnes makanan, bisnes delivery naik mendadak. Ada bisnes down.
Saya dan kawan2 pun buat program bantuan susu, kita beri cash Rm50 ke Rm150 kepada ibu tunggal dan orang susah seluruh Malaysia, secara online transfer selepas check semua info sahih. Hampir 3000 keluarga dibantu.
Tidakkah yang membeli ps5 ini merancakkan kitaran ekonomi?
ZulTCD
12.11.2020
Ps1: Sg.Petani takde official Sony Store.
Ps2: Paling dekat Queensbay Mall, Penang.
PKPB.
Ps3: Sedikit kecewa, siap dah hire personal seller untuk grab, dengan upah Rm200, tapi dia pun gagal. 🤣 Bye
Ps4: Yang dapat PO pun ada sony call kena cancel or refund or tunggu 2nd Batch. Over-order.
Ps5: Nak beli awal boleh, nak beli lambat boleh, semua ada justifikasi sendiri.
(Visited 183 times, 1 visits today)

Written by