Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

Playstation 5 tidak akan dapat lawan Gaming PC?

Spread the love
PS5 TAK AKAN DAPAT LAWAN GAMING PC?
Spec Ps5 sebenarnya biasa-biasa je cpu, gpu,ssd, etc. Cuma dia macam simplified gamers dengan tak perlu installation yang pelbagai macam di platform Pc dan game dia di optimized dengan hardware.
Spesifikasi PS5 Biasa-Biasa Jee
Banyak juga game title di Ps4 dan Ps5 yang tiada untuk Pc, tapi kalau dunia Simulator Racing, di platform PC lebih banyak options.

iRacing, Raceroom, Rfactor, Automobilista yang di puji Jimmy Broadent, dan banyak lagi.
Bahkan, peralatan hardware seperti Actuator, Buttkicker, untuk gerakkan kerusi simulator, sim dash, tripple monitor setting, semuanya kena PC.
Cuma peminat PC, jika tiada console sony, tak dapat rasa kemeriahan Gran Tourismo, tetapi dapat merasa Forza series seperti pemilik Xbox, kerana microsoft dah buka banyak cawangan game dari platform xBox kepada windows.
Cumanya, kalau setup pc untuk semua ultra setting dan capaian 4k hdr 120hz output, harganya berganda dari seketul Ps5 yang berharga Rm2299.
Dan kini, banyak pembangun game, membina game yang boleh crossplatform dalam dunia online.
Set Gaming PC Yang Bagus
Set Simulator Racing Fanatec, Elgato untuk Platform PC/Dekstop

 

Pendapatan dari digital world, digital platform dan digital purchase Sony, meningkat 70% pada tahun 2020 ini.
Lepas sesuatu game tu kita dah habis mission semuanya, ada yang jual dan ada yang lebih minat untuk bertarung dengan rakan online, lebih realistik dari bertarung dengan A.i game.
Ada yang bermain game, betul betul sekadar hobi masa lapang.
Ada yang bermain game, untuk hilangkan kegelisahan dan keresahan (walhal nak selesai misi pun gelisah dan resah)
Ada yang bermain game, untuk streaming atau content creator untuk dapatkan pulangan kewangan. Seperti membuat game reviews, hardware reviews, atau streaming contents.
Ada yang bermain game sebagai kerjaya.
Ya, kawan saya beberapa pemilik kedai pc atau kedai game, menggajikan pekerja khas untuk bermain game, untuk masuk competition atau streaming.
Bukan semua bermain untuk suka-suka.

Live Sebenar video di atas adalah disini: https://www.facebook.com/tcdracings/videos/857035588445689

Jika zaman dulu- dulu, mungkin main game memang buang masa dan tak ada apa apa return kecuali bagaikan ketagihan dadah yang menghasilkan dopamin untuk rasa gembira, atau adrenalin yang menyegarkan, tetapi zaman berubah.
Kini, gaming antara salah satu cara yang dapat memberikan return yang tinggi dalam bentuk pendapatan, perasaan, jual-beli hardware baru dan 2ndhand, dan macam2 lagi perniagaan berlaku dalam dunia gaming, termasuk memenangi hadiah-hadiah lumayan dalam pertandingan2.
Cuma, janganlah tinggal yang utama, yakni Solat bagi yang muslim dan tanggungjawab utama bagi yang sudah berkeluarga atau yang masih bekerja makan gaji, agar tidak mengganggu prestasi kerja.
Zul TCD
16.11.2020
Sg.Petani, Kedah.
(Visited 367 times, 1 visits today)

Written by