Meja Closing : Bagaimana Ia Bermula

KISAH DI SEBALIK SISTEM · 2023—2026

MejaClosing,
Bagaimana Ia Bermula?

Daripada Excel, VBScript, silap formula, game kehidupan dan percubaan AI — hingga lahirnya MejaClosing V2.

Oleh Abgzul · Zulhafidz Yahaya · 17 Oktober 2026

MejaClosing V2 — wajah baharu sistem yang saya bangunkan.
MejaClosing V2 — wajah baharu sistem yang saya bangunkan.

Okay, so kat sini saya nak cerita macam mana semuanya bermula.

Daripada Excel dan VBScript yang saya guna sejak 2023, sampailah lahirnya MejaClosing yang sekarang ni dah canggih yakmat! 😂

Semuanya bermula pada tahun 2023.

Permulaan semuanya: kerja Excel dan data yang saya susun sendiri.
Permulaan semuanya: kerja Excel dan data yang saya susun sendiri.
Jadual Excel: satu daripada asas kerja dan pengurusan data dahulu.
Jadual Excel: satu daripada asas kerja dan pengurusan data dahulu.
Antara inspirasi saya membangunkan game Hidup10Minit — permainan tentang pilihan, risiko dan realiti kehidupan.
Antara inspirasi saya membangunkan game Hidup10Minit — permainan tentang pilihan, risiko dan realiti kehidupan. Cuba game Hidup10Minit →

Masa tu saya baru jadi ejen takaful. Saya mula dengan database, susun maklumat prospek, belanja orang makan wagyu, buat sistem sendiri dalam Excel, macam-macam lagilah.

Kenangan Wagyu yang jadi sebahagian daripada cerita awal saya.
Kenangan Wagyu yang jadi sebahagian daripada cerita awal saya.
Ilustrasi usaha menyusun semula data, formula dan sistem.
Ilustrasi usaha menyusun semula data, formula dan sistem. · Ilustrasi, bukan dokumentasi peristiwa sebenar.
Duit dalam game Life or Dice, peringkat Life Stages Event.
Duit dalam game Life or Dice, di peringkat Life Stages Event. Nampak macam game, tapi memang real macam kehidupan kita. Dah sedap-sedap beli rumah, kedai dan macam-macam, tiba-tiba sakit kritikal. Kes macam ni pernah berlaku pada Ebby Yus.

Paling tak boleh lupa, bila tersalah key-in satu benda dalam Excel. Jenuh nak cari balik formula mana yang silap, tab mana yang bermasalah. Kadang-kadang satu formula salah, habis satu sistem jadi tunggang-langgang. Haha!

Bahan kenangan fasa pencapaian dan perjuangan sebagai ejen.
Bahan kenangan fasa pencapaian dan perjuangan sebagai ejen.
Salah satu rekod penghargaan dalam perjalanan kerjaya.
Salah satu rekod penghargaan dalam perjalanan kerjaya.
Ilustrasi: apabila formula tersilap, kerja jadi panjang.
Ilustrasi: apabila formula tersilap, kerja jadi panjang. · Ilustrasi, bukan foto kejadian sebenar.

Tapi alhamdulillah, dengan sistem yang saya susun sendiri tu, saya berjaya capai hampir RM30,000 TPC setiap bulan, hampir 12 bulan berturut-turut.

Dokumentasi perjalanan dan program dalam kerjaya takaful.
Dokumentasi perjalanan dan program dalam kerjaya takaful.
Rekod prestasi yang saya kumpul sebagai rujukan.

Tahun pertama saya berjaya graduate PVM dengan RM392,000 TPC.

Kenangan pengiktirafan dan rakan-rakan seperjuangan.
Kenangan pengiktirafan dan rakan-rakan seperjuangan.

Kemudian, tahun kedua, 2024, alhamdulillah saya berjaya capai MDRT.

Foto saya dan isteri, sama-sama tercalon dalam kategori Rookie di Star Awards — anugerah yang menghimpunkan ejen takaful daripada pelbagai syarikat di Malaysia.
Foto saya dan isteri, sama-sama tercalon dalam kategori Rookie di Star Awards — anugerah yang menghimpunkan ejen takaful daripada pelbagai syarikat di Malaysia.
Paparan dokumen atau penghargaan daripada perjalanan ini.
Paparan dokumen atau penghargaan daripada perjalanan ini.
Latihan bersama isteri — kami sama-sama mengikuti program PVM (PruVenture Manager).
Latihan bersama isteri — kami sama-sama mengikuti program PVM (PruVenture Manager).

Dan ya, semuanya masih menggunakan jadual Excel, database dan VBScript yang saya susun sendiri.

Pegang award untuk PruBSN di Star Awards. Antara kenangan yang saya hargai.
Pegang award untuk PruBSN di Star Awards. Antara kenangan yang saya hargai.
Foto saya di atas pentas acara.
Foto saya di atas pentas acara.

Lepas tu, lama juga saya study balik sistem-sistem lama ni. Saya susun semula database, semak formula, fikir macam mana nak jadikan semuanya lebih mudah.

Salah satu bahan penghargaan pencapaian lalu.
Salah satu bahan penghargaan pencapaian lalu.

Sebenarnya saya pernah share sistem Excel ni dengan agensi saya. Tapi masalahnya, bukan semua orang boleh faham dan hadam. Memang pening sebenarnya kalau tak biasa dengan sistem yang saya buat tu.

Saya fahamlah. Saya yang buat pun kadang-kadang pening. 😂

Tapi dengan versi MejaClosing sekarang, insya-Allah saya harap semua orang boleh faham dan guna dengan lebih mudah.

PERJALANAN

Daripada 2008 ke 2026

2008 · Belajar WordPress

Asas pembangunan website dan pengalaman bekerja dengan pelanggan.

Dulu Saya Ada Abgzul.com

Paparan website abgzul.com yang pernah saya usahakan.
Paparan website abgzul.com yang pernah saya usahakan.

Sebelum ni, saya pernah invest domain dan hosting untuk abgzul.com.

Masa tu saya memang dah terfikir nak bawa sistem Excel saya ke web. Tapi masalahnya, saya tak ada idea macam mana nak integrate Excel tu dengan cara yang betul-betul best.

Jadi, website tu akhirnya jadi macam laman profil saya sajalah.

Lama-lama terkubur macam tu saja. Domain dan hosting pun saya dah malas nak renew.

Saya fokus pada CycleDesign.my saja.

Tapi rupanya, idea yang saya simpan bertahun-tahun tu tak pernah betul-betul hilang.

Daripada Game Kehidupan, Saya Mula Belajar Coding

Life is not just a game. Tengah ada duit banyak-banyak, tiba-tiba diuji. Kalau tiada perlindungan, duit simpanan yang dikumpul bertahun-tahun pun boleh habis.
Life is not just a game. Tengah ada duit banyak-banyak, tiba-tiba diuji. Kalau tiada perlindungan, duit simpanan yang dikumpul bertahun-tahun pun boleh habis.

Mula-mula saya cuba buat satu aplikasi yang konsepnya macam survey, tapi separuh game.

Saya namakan Hidup10Minit.

Konsep asalnya saya belajar masa dalam program PVM dulu. Saya memang suka konsep board game yang menggambarkan kehidupan sebenar.

Kita main sebagai orang biasa. Ada kerja, ada pendapatan, ada keluarga, ada rumah, ada simpanan.

Tiba-tiba diuji dengan sakit.

Atau kemalangan.

Atau hilang pekerjaan.

Kalau tak ada perlindungan takaful, mulalah duit simpanan habis. Aset terpaksa dijual. Ada yang sampai terpaksa jual bangunan atau harta yang dikumpul bertahun-tahun.

Ini bukan sekadar cerita dalam game.

Dalam kehidupan sebenar pun kita pernah baca kisah orang terkenal, termasuk pelakon dan pelawak seperti Ebby Yus, yang diuji dengan masalah kesihatan dan cabaran kehidupan.

Jadi, saya cuba hasilkan game tu dalam bentuk web live.

Pemain boleh pilih macam-macam keputusan dalam kehidupan seharian. Setiap pilihan ada risiko dan manfaatnya.

Kalau tersalah pilih, kesannya mungkin tak nampak hari ni. Tapi bila sesuatu berlaku, barulah kita faham kenapa perancangan awal tu penting.

Daripada situlah saya mula nampak potensi web app.

CUBA FIKIRKAN

Kalau sesuatu berlaku, apa jadi pada keluarga?

Pilih satu keadaan untuk lihat isu yang perlu dipertimbangkan. Ini ilustrasi pendidikan, bukan quotation atau pengiraan manfaat takaful.

Klik mana-mana pilihan di atas untuk mula.

Eh, Excel Saya Tu Boleh Jadikan Web App Lah!

Antara paparan pengiraan lengkap daripada sistem.
Antara paparan pengiraan lengkap daripada sistem.

Satu hari, saya teringat balik pada sistem Excel lama saya.

Saya belek-belek.

Saya tengok formula, database, cara sistem tu bekerja.

Paparan pilihan pakej dan subjek EduGames.
Paparan pilihan pakej dan subjek EduGames.
Kenangan memperkenalkan EduGames secara berdepan.
Kenangan memperkenalkan EduGames secara berdepan.

Eh, kalau benda ni boleh dibuat dalam Excel, kenapa tak boleh saya jadikan web app?

Demonstrasi dan pengalaman pengguna EduGames.
Demonstrasi dan pengalaman pengguna EduGames.
Anak-anak mencuba pengalaman pembelajaran digital.
Anak-anak mencuba pengalaman pembelajaran digital.

ZUSSS!

Mulalah saya explore.

Saya spend masa dalam 2–3 bulan untuk study, cross-check data sana sini dan cuba bina sistem sedikit demi sedikit.

Mula-mula saya langgan ChatGPT, sekitar RM90 sebulan.

Cuba buat.

Tak jadi.

Saya beli pula Claude yang biasa.

Cuba lagi.

Masih tak jadi macam yang saya nak.

Jadi saya ubah pendekatan.

Saya cuba buat game untuk anak-anak saya main sambil belajar.

Nama dia EduGames.

EduGames: platform pembelajaran interaktif yang saya bina.
EduGames: platform pembelajaran interaktif yang saya bina.

Korang boleh tengok kat:

https://cycledesign.my/edugames

Bila saya tengok game tu boleh berfungsi, saya pun cakap pada diri sendiri,

“Eh, jadi rupanya benda ni!”

Haha!

Dari situ saya makin seronok explore.

Saya buat pula game ala-ala GTA, tapi versi low-poly.

Kenapa low-poly?

Sebab kalau nak buat full 3D yang kompleks, dalam satu saat tu bukan main banyak polygon, mesh dan macam-macam benda yang perlu diproses.

Saya mana ada server power nak tampung semua permintaan daripada orang yang main game tu.

Kalau nak pergi lebih jauh, termasuk penerbitan melalui platform macam Steam, kos dan kerja teknikalnya pun satu cerita lain pula.

Jadi saya explore setakat kemampuan yang ada.

Excel, Excel, Excel… Tiba-Tiba Saya Teringat!

Kemudian, entah macam mana, saya teringat balik Excel lama tu.

Excel yang saya guna masa nak capai SWP.

Eksperimen menghasilkan dunia permainan berkonsep low-poly.
Eksperimen menghasilkan dunia permainan berkonsep low-poly.

Excel yang saya guna masa nak kejar MDRT.

Antara visual game 3D yang dibangunkan sebagai eksperimen.
Antara visual game 3D yang dibangunkan sebagai eksperimen.
Contoh visual game dengan dunia dan kenderaan 3D.
Contoh visual game dengan dunia dan kenderaan 3D.

Excel yang saya susun sendiri dengan formula dan database bertahun-tahun dulu.

Excel! Excel! Excel!

ZUSSS!

Saya rasa macam ada sesuatu yang klik dalam kepala.

“Okay, yang ni saya kena buat betul-betul.”

Sebenarnya, saya dah spend lebih kurang RM4,000 untuk EduGames.

Antara kos yang berat ialah sistem suara Bahasa Melayu menggunakan ElevenLabs. Saya perlukan lebih kurang 16 juta aksara untuk keseluruhan projek.

Bila tengok kosnya, saya fikir baik saya hold dulu EduGames.

Saya nak fokus pada MejaClosing.

Kos hosting, domain, Claude Max X20 dan macam-macam keperluan pembangunan, saya salurkan dulu untuk projek ni.

Sebab saya rasa sistem ni ada potensi untuk bantu lebih ramai orang, khususnya ejen takaful.

Saya Ingat Tekan Satu Button, Semua Siap!

Di belakang tabir: proses pembangunan menggunakan komputer.
Di belakang tabir: proses pembangunan menggunakan komputer.

Mula-mula saya ingat senang.

Bagi arahan pada AI.

Tekan satu button.

Siap semua!

Cisss! Ingatkan semudah itu. 😂

Rupanya tak boleh harap AI buat semuanya sendiri.

Mujurlah saya ni dari dulu memang suka explore komputer.

Saya masih ingat zaman belajar dan explore bab PC dengan arwah ayah saya dulu.

Alhamdulillah, pengalaman tu banyak membantu.

Saya belajar sendiri WordPress sejak tahun 2008. Masa tu WordPress kira canggih lagilah kalau nak dibandingkan dengan Blogspot.

Saya pernah buat website untuk UZAR, kemudian lebih 180 klien sepanjang saya buat kerja website dan hosting. Kebanyakannya beli hosting melalui Exabytes.

Sampailah saya explore Laravel dan macam-macam lagi.

Jadi, bila AI tak boleh buat seperti yang saya nak, saya kena faham sendiri apa yang berlaku.

Kena tahu struktur sistem.

Kena tahu mana yang rosak.

Kena tahu kenapa sesuatu fungsi tak berjalan.

Tak bolehlah harap Claude buat semuanya, kemudian saya duduk goyang kaki. Haha!

Kadang-kadang satu benda yang nampak simple pun boleh ambil masa berjam-jam untuk diselesaikan.

Tapi alhamdulillah, sedikit demi sedikit, sistem ni mula terbentuk.

MejaClosing V1 — Terima Kasih Kepada Yang Percaya!

Antara paparan sistem MejaClosing dalam proses pembangunan.
Antara paparan sistem MejaClosing dalam proses pembangunan.

Bila V1 siap, saya test lebih kurang seminggu dengan beberapa orang kawan.

Saya sendiri sebenarnya masih tak puas hati dengan hasilnya.

Ada benda saya rasa boleh diperbaiki.

Contoh antaramuka pengiraan dan penerangan untuk prospek.
Contoh antaramuka pengiraan dan penerangan untuk prospek.
Contoh pengiraan nilai perlindungan daripada aplikasi.
Contoh pengiraan nilai perlindungan daripada aplikasi.

Ada fungsi yang saya rasa tak cukup kemas.

Salah satu variasi paparan pengiraan dalam MejaClosing.
Salah satu variasi paparan pengiraan dalam MejaClosing.
Visual ringkasan cadangan yang boleh diterangkan semasa perbincangan.
Visual ringkasan cadangan yang boleh diterangkan semasa perbincangan.

Ada banyak lagi yang saya nak tambah.

Tapi alhamdulillah, walaupun V1 masih baru, dah ada ejen-ejen takaful yang sanggup beli dan cuba guna.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada mereka.

Yang menariknya, daripada pembeli awal tu, cuma dua tiga orang saja yang saya kenal.

Yang lain semuanya strangers!

Orang yang tak kenal saya pun sanggup beri kepercayaan pada sistem yang saya bangunkan.

Saya memang hargai benda tu.

Sebab tu saya bagi mereka hadiah istimewa, iaitu akses penuh dan akses kepada model-model baharu.

Anggaplah sebagai tanda terima kasih daripada saya kepada mereka yang percaya sejak awal.

TRANSFORMASI

Dulu kompleks. Sekarang lebih tersusun.

Excel, formula, tab & database

Sistem yang saya bina sendiri dan gunakan dalam proses kerja. Banyak formula perlu disemak dengan teliti.

17 Oktober 2026 — MejaClosing V2

Paparan dashboard aplikasi dan menu-modul yang tersedia.
Paparan dashboard aplikasi dan menu-modul yang tersedia.

Akhirnya, sampailah pada 17 Oktober 2026.

Lahirlah MejaClosing V2.

Versi yang saya rasa, insya-Allah, boleh membantu bukan sahaja ejen takaful, tetapi juga prospek dan klien untuk lebih faham apa sebenarnya yang mereka ambil.

Contoh paparan modul MejaClosing V2.
Contoh paparan modul MejaClosing V2.
Contoh hasil pengiraan dalam sistem.
Contoh hasil pengiraan dalam sistem.

Selama ni, kadang-kadang bila kita buat quotation, kita terus letak angka.

Rupa susun atur pengiraan dan visual untuk membantu pemahaman.
Rupa susun atur pengiraan dan visual untuk membantu pemahaman.

RM250,000.

RM350,000.

RM500,000.

RM1 juta.

Tapi persoalannya…

Dari mana datang angka tu?

Kenapa tiba-tiba kena buat hibah RM350,000?

Kenapa bukan RM200,000?

Kenapa bukan RM700,000?

Adakah sebab kita rasa jumlah tu sesuai?

Atau sebab angka tu memang datang daripada pengiraan keperluan sebenar?

Haa, inilah antara perkara yang saya cuba selesaikan melalui MejaClosing.

Saya tak nak ejen letak angka dari awangan, dari langit, kemudian prospek terima saja tanpa betul-betul faham.

Dengan MejaClosing, ejen dan prospek boleh duduk sama-sama.

Isi maklumat bersama-sama.

Tengok pendapatan.

Tengok komitmen.

Tengok hutang.

Tengok aset.

Tengok tanggungan keluarga.

Kemudian sistem akan bantu kira dan paparkan anggaran risiko serta keperluan perlindungan berdasarkan maklumat yang dimasukkan.

Daripada angka dan pengiraan itulah, barulah ejen boleh bawa cadangan yang lebih tersusun ke aplikasi rasmi syarikat takaful masing-masing, seperti Mobility dan sebagainya.

Bukannya terus petik angka sesuka hati.

Saya nak prospek faham kenapa mereka perlukan sesuatu jumlah perlindungan, bukan sekadar tahu berapa mereka kena bayar setiap bulan.

Itulah tujuan utama MejaClosing.

Saya Ada Impian Yang Lebih Besar Daripada Sekadar Menjual Sistem

Insya-Allah, sampai hari ni saya masih kuat percaya bahawa takaful ni bukan sekadar produk.

Bagi saya, takaful ialah salah satu alat ikhtiar dan usaha.

Kita merancang.

Kita berusaha.

Kemudian kita bertawakal kepada Allah SWT.

Saya percaya, dengan perancangan yang baik, kita boleh sama-sama bantu membina generasi Muslim yang lebih kuat dari sudut kewangan.

Saya selalu bayangkan satu keadaan.

Bagaimana kalau suatu hari nanti, semakin ramai umat Islam yang tak lagi perlu bergantung pada bantuan zakat kerana keluarga mereka sudah mempunyai asas kewangan yang kukuh?

Bukan bermaksud zakat tak lagi penting. Zakat tetap satu kewajipan dan institusi penting dalam Islam.

Tapi bayangkan kalau semakin ramai orang Islam mampu menjadi pemberi zakat berbanding penerima zakat.

Bukankah itu sesuatu yang baik?

Dan saya percaya, perancangan kewangan serta perlindungan takaful boleh menjadi salah satu asbab ke arah itu.

Cuba bayangkan.

Hari ni seorang Muslim meninggal dunia.

Dia tinggalkan empat orang anak.

Tetapi sebelum meninggal, dia dah sediakan hibah takaful sebanyak RM2 juta untuk keluarganya.

Jika dibahagikan sama rata sebagai contoh, setiap seorang anak mempunyai asas kewangan sebanyak RM500,000.

Mereka ada stepping stone untuk mulakan kehidupan.

Mereka boleh sambung belajar.

Boleh bina kerjaya.

Boleh mulakan perniagaan.

Boleh urus kehidupan tanpa terlalu terbeban dengan masalah kewangan selepas kehilangan ayah.

Dan yang lebih penting, mereka sendiri dah nampak bagaimana manfaat takaful membantu keluarga mereka.

Jadi, apabila mereka dewasa, mereka pula mengambil langkah yang sama untuk keluarga masing-masing.

Daripada seorang ayah, manfaat perancangan itu sampai kepada empat anak.

Empat anak tadi pula ada keluarga sendiri.

Katakan setiap seorang mempunyai dua anak, dah jadi lapan orang cucu.

Kemudian generasi seterusnya pula meneruskan budaya perancangan yang sama.

Bayangkan kesannya selepas beberapa generasi.

Bukan semata-mata tentang duit.

Tapi tentang ilmu.

Tentang kesedaran.

Tentang tanggungjawab.

Tentang bagaimana satu generasi menyediakan jalan yang lebih baik untuk generasi selepas mereka.

Saya nak budaya merancang dan menyediakan perlindungan ni berkembang daripada satu keluarga kepada keluarga yang lain.

Dan kalau usaha kecil melalui MejaClosing ni boleh membantu walaupun sedikit ke arah itu, saya dah cukup bersyukur.

IMPIAN GENERASI

Satu keputusan, kesedaran merentas generasi

Tekan generasi untuk melihat pertumbuhan bilangan ahli keluarga dalam contoh hipotetikal. Ini bukan unjuran nilai hibah atau pulangan kewangan.

1 individu

Seorang ayah merancang untuk masa depan keluarganya.

Bismillah. Semoga Allah SWT Berkatkan Usaha Ini

Saya tahu MejaClosing ni masih boleh diperbaiki.

Saya pun masih belajar.

Masih explore.

Masih fikir apa lagi yang boleh saya tambah dan mudahkan.

Tapi saya harap, apa yang saya usahakan ni dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ejen, prospek dan klien takaful.

Cuma saya nak pesan satu perkara.

Hargailah sistem ni baik-baik.

Jangan salah guna.

Jangan curi-curi guna atau langgar Terms & Conditions yang saya dah tetapkan.

Saya bukan suka-suka buat syarat tu.

Nak siapkan benda ni memang tak senang.

Serius, tak senang!

Ada masa, tenaga, ilmu, kos dan macam-macam pengorbanan di belakangnya.

Apa yang nampak mudah pada pengguna hari ni, sebenarnya datang daripada bertahun-tahun pengalaman, percubaan, kesilapan dan proses belajar.

Saya harap kita boleh sama-sama hormat hasil usaha ni.

Nak Saya Buat Training Untuk Agensi Korang?

Kalau ada agensi yang berminat nak saya buat training penggunaan MejaClosing, bagitahu saja.

Insya-Allah, kita boleh negotiate.

Cuma syaratnya, setiap peserta wajib ambil akses sekurang-kurangnya pakej Basic untuk 30 hari.

Bukan apa, bila nak belajar, biarlah semua orang boleh buka dan cuba sendiri.

Barulah lebih mudah nak faham fungsi dan cara penggunaannya.

Kosnya pun lebih kurang RM1 lebih sikit sehari saja.

Kalau dapat close satu case dengan komisen RM150 pun, dah boleh cover kos penggunaan tu.

Tapi yang lebih penting bagi saya, ejen dapat gunakan sistem ni untuk bantu prospek membuat keputusan berdasarkan maklumat dan pengiraan yang lebih jelas.

Bukan sekadar nak closing, tapi nak bagi orang betul-betul faham apa yang mereka ambil.

Orait!

Salam bahagia dan selamat berjaya.

Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua.

Semoga semakin ramai antara kita berjaya, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat.

Amin ya Rabbal Alamin.

Abgzul
Zulhafidz Yahaya

Takaful, For Life, and the Afterlife

Nak cuba MejaClosing sendiri?

Daripada pengalaman sebenar ejen kepada sistem yang membantu menjadikan perbincangan keperluan takaful lebih tersusun. Cuba sendiri atau bincangkan latihan untuk agensi anda.

Nota: Angka dan contoh dalam artikel berdasarkan pengalaman penulis. Simulasi interaktif ialah ilustrasi pendidikan dan bukan nasihat kewangan peribadi, quotation takaful atau jaminan manfaat. Gambar ilustrasi AI bukan dokumentasi peristiwa sebenar.

Ditulis Dengan Cermat Oleh:

Zulhafidz Yahaya, Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perancangan Bandar dan Wilayah, Town and Regional Planning Uitm, atau lebih dikenali sebagai Abgzul, merupakan usahawan kreatif, pereka grafik, content creator dan perunding Takaful yang aktif dalam bidang reka bentuk, percetakan, media digital serta pengurusan risiko kewangan.Melalui CycleDesign.my dan platform Abgzul, beliau berkongsi pengalaman, pandangan, informasi serta kandungan berkaitan teknologi, automotif, kewangan, Takaful, bisnes dan isu semasa. Minat beliau adalah menggabungkan kreativiti & teknologi untuk menghasilkan kandungan serta solusi yang praktikal dan mudah difahami.Tonton juga di youtube.com/zultcdx

Leave a Reply