Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

BAJET UNTUK SETUP SIMULATOR DRIVING DI RUMAH.

Spread the love

“Bang, berapa bajet setup rig sim bang buat tu”? (Klik Foto Untuk Sambung Baca)

“Bang, nampak macam puluh ribu, ada yang bajet Rm3k tak”?


Ada. Bajet 2k pun ada. Bajet 3k ada. 5k 10k 15k 30k 50k 100k pun ada.


Saya akan susun ikut bajet barang2 yang saya sedang pakai, options dalam pasaran, dan barang yang saya sudah order tapi tak sampai lagi, dan barang yang akan saya pasang.


Macam cadangan 49inch Superwide G9 Odyssey tu kenapa ramai pilih triple etc, ia takkan dapat angle fov pov 27×3 atau 32×3.


Ini akan diterangkan dalam posting ini.

BAJET BAJET INI ADALAH TIDAK TERMASUK DENGAN PC ANDA DAN GPU ANDA SERTA DETAILS-DETAILS LAIN

BAJET RM1000-RM2000

Dengan bajet 1K – 2K. Ini adalah antara set yang anda boleh dapat dan apa kelebihan dan kekurangannya.
Anda boleh gunakan meja komputer asal anda dan pc anda, serta kerusi anda. Boleh beli set berikut

  1. PXN V3 PRO RM233: https://shp.ee/jvc54nr
  2. PXN V9 RM365 : https://shp.ee/dnqmbkr
  3. PXN V9 (NEW GEN) RM569.00: https://shp.ee/m8k5hir

  • Set-set ini. ringan dan tiada daya kilas kuat. Untuk yang berbajet dan tak perlukan ketepatan pemanduan sebenar, main ets2, atau arcade racing games, ini memadai.
    Boleh clip sahaja di meja pc, dan terus main. Ada duit lebih dari pembelian set ini, boleh simpan dahulu. Jangan nak perabihkan semua 1k isinar icitra tu yerrr..

    Next setup pula.
  • T150 RM1175: https://shp.ee/45iedf9
  • Logitech G29: RM1,499.00 sekali shifter https://shp.ee/y3wrun9
  • Thrusmater T300 Rs: https://shp.ee/p4fizb9
  • Oleh kerana Logitech G25 dan G27 mungkin dah takde kedai jual, anda boleh beli G29. Akibat PKP dari 2020. Work From Home, ramai yang beli set G29 ini, tetapi bila dah perlu bekerja di pejabat semula, ramai yang jual.

    Masuk group-group Sim Racing Malaysia etc, anda boleh dapat ada orang jual Rm900 ke Rm1300 set lengkap. Stereng, Pedal Minyak, dan Shifter (kalau pandai ayat).

    Tapi kalau anda jenis alergik daki orang, dan malas nak mencuci kesan-kesan peluh orang, boleh beli baru.
    Ataupun kalau anda nak ada rasa kuat sikit kilasan stereng, anda boleh dapatkan Thrustmaster T300 Rs (2 Pedal) atau cari Thrusmater T300 RS GT (3 Pedal)

    Ini antara set-set yang boleh dapat, dibawah Rm2000 . Cumanya, tak dapat seat dan rangka seat macam ala-ala kedudukan badan dalam kereta tu lah, boleh gunakan kerusi gaming anda dan meja anda. Pandai-pandailah lock pedal minyak dan kerusi supaya tak gerak, takkan nak ajar juga? 😛

    Cumanya, apa niat anda nak main ni?

    Nak buat content?
    Nak jadi penghibur?
    Nak puaskan diri sendiri je?
    Nak reward diri dari simpanan dan pelaburan?
    Nak jadi kompetitif dalam pertandingan2?
    Nak seronok driving sebab memang suka drive?
    Nak race pelbagai kereta race sebab nak race di alam realiti, kos lebih mahal?
    Nak flex aje lepas tu tak main pun?
    Saja nak setup?

Semua ni penting untuk anda, dan diri anda sendiri tahu, Sebab. Dari jawapan-jawapan ini, akan menentukan bajet anda seterusnya….jeng jeng jeng…

BAJET RM5000-RM10,000

Bajet Rm5000 ke Rm10,000 ribu ni, ada macam-macam pilihan. Entry, Mid, DD Entry.
Kita mulakan dengan Rm5000…

  1. Rig + Seat
  2. Stereng Pedal
  3. Shifter (Perlu tak perlu anda tentukan) + Handbrake
  4. Single Monitor hertz laju lah (Bergantung pada Gpu masing2)
    Rig dan Seat ada pelbegai jenis. ada jenis mudah lipat simpan. Kawan-kawan yang rumah apartment banyak pakai jenis ni. Ada jenis yang besi tapi juga mudah bukak untuk simpanan. sekali sekala pasang monitor dan main, dan buka balik bila nak guna pc secara normal atau bekerja.
    Yelah, bukan semua orang boleh set 1 pc kerja, 1 pc main. Rezeki lain2. So. ini pilihan2 nya.

Ada Rig perlu sturdy dan kukuh, untuk stereng base yang kuat daya kilas. (Direct Drive).

RIG DAN SEAT

Foldable Cockpit RM285.00 – RM399.00 https://shp.ee/85suiir
Detachable Cockpit RM392.00: https://shp.ee/qjuey99
Rack Cockpit RM395.00 – RM425.00: https://shp.ee/3my8qyr
Detachable dengan Seat RM1,280.00: https://shp.ee/n6ce489


Detachable Cockpit yang sturdy sikit:

https://shp.ee/8fxv4ur

https://shp.ee/f6x3itr

Untuk Rig + Seat Yang Lebih Kukuh


GT1 Aluminum 4080 Profile https://shp.ee/nfnhv4r

Red Bull ALU 4080 HIGH PROFILE: https://shp.ee/etfbwbr

Dynasty Solid Class 4080 https://shp.ee/pwm547r

Simmatch GT1 https://shp.ee/tpgj8u9

Simmatch 4040+4080: https://shp.ee/b3tzve9

6. Simmatch Multiconfigure Rig: https://shp.ee/r58ugp9

Stereng & Pedal

  1. Logitech G29: RM1,499.00 sekali shifter https://shp.ee/y3wrun9

2. Thrusmater T300 Rs: https://shp.ee/p4fizb9

Direct Drive Wheelbase

  1. Simmagic M10 – https://shp.ee/tjeh6j9
  2. Simmagic Alpha – https://shp.ee/tccike9

    Pedal Jika beli wheelbase yang tiada pedal (Biasanya Direct Drive)
  3. GS Hobby-Pro LoadCell https://shp.ee/6rgvw39
  4. Precission Loadcell: https://shp.ee/bqmavy9

3. Racebear Loadcell: https://shp.ee/y5d9w29

Ok ini antara bajet dari Rm5k ke Rm10k. Boleh dapat wheelbase yang belting macam t300rs gt dan barang2 aksesori yang lain untuk simulasi.

Dan boleh dapat entry level Direct Drive macam Simmagic M10 dan Alpha Mini. Ada lebih sikit, boleh beli shifter, handbrake, atau sequential shifter, dan Button Box.

Shifter

  1. GS Hobby-Pro H Shifter https://shp.ee/dnz84f9
  2. VNM SHIFTER: https://shp.ee/s2vdsj9
  3. USB H Shifter Gearshift SIM https://shp.ee/i73k5xr
  4. Sequential Shifter: https://shp.ee/zkjmiv9

    Shifter ni, bergantung kepada jenis kereta dan kenderaan dan race game atau simulasi anda main. Kawan2 rally dan ets2, suka shifter, realism. Atau geng2 AC.

Tapi kalau yang dah berjiwa racing, dalam game2 racing termasuk yang realism to the max macam iracing, shifter kadang tak pakai, sebab dah ada paddle shifter. Dan kebanyakkan kereta road race, paddle shifter, kecuali series-series tertentu dan classic series.

Handbrake

  1. USB 64bit Sim Racing Handbrake: https://shp.ee/e3gy949
  2. 14bit USB HANDBRAKE : https://shp.ee/rmv7a29

3. 64Bit PC USB Handbrake Simulate Linear Handbrake: https://shp.ee/j68axm9

Monitor

Single monitor 27, 32, 40, atau 50inch, yang high fps atau low fps, sesuai untuk game-game racing berbentuk arcade. Tapi kalau main game ets2, mudrunner snowrunnner, wreckfest, ok je mana2 saiz ni.

Untuk bajet Rm5k-10k, mungkin boleh dapatkan monitor 32inch 165hz. Dan letak dekat dengan stereng untuk dapat fov pov.

Atau 34inch superwide , atau 49inch G9 tu. tapi, ia tetap view single monitor walau ia superwide. cuma wider dia, boleh nampak sikit side mirror tepi dalam sesetengah game. Sesetengah game, tetap nampak view macam cockpit monitor single saiz lain, cuma wider.

Sebab itu, ramai pro sim race, setup 3 monitor, sebab nak dapatkan FOV dan POV seolah pemanduan sebenar (Tapi memang tak boleh lawan view dalam VR sebab VR enclosed semua darjah penglihatan, tapi triple screen setup, untuk boleh driver relax sket mata, garu hidung, korek hidung, garu mata, lap peluh) Kalau pakai VR, nak race endurance 4jam 6jam 12jam 24jam, senak mata.

Bab monitor ni, tuan-tuan boleh search sendiri la kut kat shopee atau pengetahuan tuan-tuan. Tapi majoriti pakai group simracing yang saya join, mereka pakai samada AOC, Titan Army, LG, Samsung, Gigabyte.

Monitor ni juga bergantung kepada GPU yang anda pakai. Kalau GPU larat 1080p, nak buat triple, kena darab 3. Kalau gpu larat 1440p x 3…ok , cari monitor 2k, 165hz…jika gpu larat 4k triple, ngam. Apa2 monitor pun boleh jalan.

Ini juga bergantung kepada setting anda nak dalam game, kalau gpu tak larat, boleh je set low dan kurangkan benda2 tak perlu dalam racing contohnya pokok2 dan penonton2. bukan nak tengok sana pun, nak tengok jalan. Kalau gpu mampu max, ultra, memang lah lagi sedap dan seronok. Tapi ingat, tujuan utama kita, nak race, bukan nak tengok detail daun2 dan pemandangan. haha

Tapi kalau GPU mampu, set je semua ultra, memang best. Game macam iracing dibina untuk average requirements, tapi ready physics dia detail gila sampai telemetri dia semua realistic to the surface and the car configurations.

Pro team setup, macam setup kereta perlumbaan sebenar. Macam ACC, graphic dia superior dahaga GPU. 3080ti kalau pakai VR, tak dapat set Ultra VR..kena 3090 jugak.. Kalau triple 2k, 3080ti alhamdulillah, saya boleh set ultra semua…

BUDGET RM10,000 KE RM30,000

Untuk bajet Rm10,000 ke Rm30,000, saya taknak beri link shopee. Walaupun anda boleh beli dilink shopee di atas. Macam rig dan lain2 tu. Tapi, saya akan beri anda nombor contact, orang yang berpengalaman dan boleh nasihat serta buat pemasangan di rumah anda.

Ini, lebih baik. sebab jika anda dah mampu spend sampai Rm30,000, anda sepatutnya dapatkan khidmat nasihat dan barangan simulator yang terbaik, warrnty dan after sales service yang sesuai dengan jumlah yang anda belanjakan.
Tapi, anda boleh tengok aksesori-aksesori ini untuk bajet sebegini.

  1. Dash Meter: https://shp.ee/6533jcr
  2. GT3 Style Button Box: https://shp.ee/5gnh6qr
  3. Button Box Siap Screen LCD: https://shp.ee/r6smbzr

    Yang penting, anda minat memandu. Biasanya sim racer sim driver yang membeli dan berbelanja peralatan-peralatan yang mahal-mahal, mereka pernah berlumba di Sepang, atau memandu kenderaan2 perlumbaan sebenar.

    Kos-kos tayar, minyak , yuran keselamatan, yuran trackday, semuanya lebih tinggi dan mahal dari setup gaming simulator di rumah sendiri.

    Untuk Bajet Rm10k ke atas. saya sarankan anda wasap insan-insan berikut:
  4. Azman SimR Garage : wassap.my/60192882919/TCDnakmulasimracing
  5. Jai Drifter Android King: wassap.my/60169220438/TCDnakmulasimracing
  6. Hong Kan Sai: wassap.my/60143699085/TCDnakmulasimracing
  7. Calvin Hah: wassap.my/60192274488/TCDnakmulasimracing

Cakap kawan Zul TCD, inshaAllah, diskaun tak pasti. Cakap bajet dan kemampuan, mereka akan suggest yang bagus-bagus. atau anda borak2 dahulu. Kenal-kenal.

Bila dah setup sim, boleh join komuniti2 untuk perlumbaan, kenal2, etc.
Ini contoh local sim racing event yang sedang berlangsung:
https://www.facebook.com/xoxunityleague/videos/1506697683028915

Komuniti
SRE: www.facebook.com/groups/322245077980309
ACMC: www.facebook.com/groups/273993163597792
ADRENALIN IMPACT: https://www.facebook.com/adrenalineimpact
SPEEDTAVERN: https://www.facebook.com/SpeedTavern.My
SSAD: https://www.facebook.com/ssad.my

Youtube saya
youtube.com/zultcdx



Terima kasih kerana membaca.

(Visited 958 times, 1 visits today)

Written by

Leave a Reply