
Category
Keyman Takaful bukan tentang meletakkan “harga” pada seseorang. Ia membantu kita mengukur kerugian kewangan yang mungkin berlaku kepada syarikat apabila owner, partner, director, top salesperson atau specialist tidak lagi mampu menjalankan peranan.

Bangunan, stok dan peralatan boleh diinsuranskan. Tetapi ramai SME belum mengukur risiko apabila seorang individu membawa sebahagian besar pelanggan, know-how atau keputusan penting.
Pegang hala tuju, hubungan bank, supplier, pelanggan utama dan kuasa membuat keputusan.
Sebahagian besar jualan, tender atau akaun utama bergantung pada hubungan dan kebolehannya.
Pegang lesen, sistem, formula, IP, technical know-how atau kepakaran yang mengambil masa untuk diganti.

Ketiadaan seorang owner atau Key Person boleh menyebabkan beberapa masalah berlaku serentak. Untuk shareholder, waris tidak semestinya automatik mengambil alih pengurusan sebagai director — tetapi isu hak ekonomi, ownership, valuation dan buyout tetap perlu dirancang mengikut dokumen syarikat dan undang-undang berkaitan.
Tunai kepada bisnes untuk menyerap gangguan operasi, kehilangan keuntungan, kos pengganti dan komitmen.
Keyman / Key PersonDana untuk mekanisme pembelian kepentingan owner/partner yang meninggal, jika struktur dan perjanjian memang menyediakan buyout.
Buy-Sell / Shareholders / LLP AgreementKeperluan keluarga pemilik sendiri: income replacement, hutang peribadi, anak dan pasangan.
Personal Takaful / HibahTandakan keadaan sebenar. Ini bukan underwriting — ia cuma menunjukkan tahap single-point-of-failure dalam bisnes.
Form sengaja tidak dibuka semua sekali. Selesaikan satu bahagian, tekan Seterusnya, baru bahagian berikutnya dibuka — supaya senang digunakan depan prospek.
Angka di bawah ialah working estimate untuk perbincangan. Ia bukan quotation, valuation profesional, nasihat cukai/undang-undang atau jaminan underwriting.
Ownership % dan nilai Keyman tidak semestinya sama. Seorang shareholder 20% boleh jadi orang paling penting jika 70% revenue bergantung padanya.
—
Jangan jadikan “tax deductible” sebagai janji umum. Tujuan, jenis polisi/sijil, siapa dilindungi dan siapa menerima proceeds semuanya penting.
Untuk layanan potongan premium Key-Man di bawah ruling tersebut, polisi perlu tiada elemen pelaburan. Term/temporary life dan accident diberi sebagai contoh.
Whole life / endowment yang mempunyai cash value atau maturity value dianggap mempunyai elemen pelaburan dalam ruling tersebut. Jadi jangan terus label premium sebagai deductible.
Rujukan umum: LHDN Malaysia Public Ruling No. 2/2003 — Key-Man Insurance. Tax treatment semasa dan penerapan kepada produk takaful tertentu perlu disahkan oleh penasihat cukai.
Tidak semestinya. Ownership reference mungkin sama 50/50, tetapi business dependency boleh berbeza. Seorang mungkin pegang 70% revenue dan seorang lagi hanya 30%. Kalkulator memisahkan ownership daripada operational impact.
Kira setiap individu secara berasingan. Nilai ekonomi ownership boleh dirujuk berdasarkan business value × pegangan, manakala Keyman continuity need berdasarkan impak operasi, recovery period, replacement cost dan komitmen syarikat.
Tidak automatik. Keyman business protection dan shareholder buyout ialah dua objektif berbeza. Jika syarikat mahu membeli kepentingan owner yang meninggal, mekanisme itu patut disokong oleh valuation dan agreement yang sesuai.
Jika kehilangan fungsi selama beberapa bulan pun boleh menjejaskan sales, keputusan atau operasi, CI cash buffer patut dibincangkan. Manfaat sebenar bergantung pada produk/rider, definisi penyakit dan underwriting.
Gunakan kalkulator untuk dapatkan working figure. Selepas itu barulah semak kemampuan contribution, struktur ownership, manfaat Death / TPD / Critical Illness dan keputusan underwriting dalam PruBSN Mobility.
Halaman ini ialah alat penerangan dan discovery oleh ejen takaful. Ia bukan dokumen rasmi PruBSN, bukan valuation perniagaan, bukan tax/legal advice dan bukan jaminan kelulusan. Jangan masukkan nombor IC atau butiran perubatan terperinci di halaman ini. Gunakan saluran rasmi semasa proposal/health declaration.