Sale!

Bulima: Mula Jalan Lima (Novel)

Original price was: RM54.90.Current price is: RM24.90.

Sebelum Jalan Lima, ada sehelai selendang ungu dan dua bayi kembar yang dipisahkan pada malam mereka dilahirkan. Bulima membawa anda ke tahun 1993 dan berjalan perlahan-lahan sehingga 2020, ke ambang kisah Jalan Lima.

📘 Novel · 30 episod · 469 muka surat · Bahasa Melayu · Terus baca selepas bayar

Kisah sebelum Jalan Lima

Noor Aini Sofea, guru muda di Shah Alam, jatuh cinta dengan Ahmad, jurutera JKR yang lembut tutur katanya. Ahmad anak bongsu Tok Iskandar, adik kepada lima abang tiri yang digelar Lima Helang. Bila kembar Amir dan Amira lahir pada 20 April 1995, satu keputusan dibuat pada malam itu juga, dan keputusan itu akan mengikat empat keluarga selama dua puluh lima tahun.

Empat bahagian, 30 episod

  • Bahagian I · Kanak-kanak (1993–2001): selendang ungu, bidan di Sungai Choh, bedung merah jambu
  • Bahagian II · Sekolah Rendah (2002–2009): budak hilang di taman permainan, Karak, kunci No. 21
  • Bahagian III · Seri Cendekia (2011–2012): buli, laporan yang diabaikan, lahirnya pemangsa baru
  • Bahagian IV · Kolej & Universiti (2013–2020): Songkhla, api di seberang, janji yang menipu

Bonus di belakang buku

  • Glosari istilah dan nota kaki
  • Susur galur keluarga & watak
  • Lokasi-lokasi dalam karya
  • Fakta-fakta kes: hibah takaful, keyman, Seksyen 108, nikah di Songkhla
  • Indeks watak dan 10 “Moral of Story”

Sudah baca Jalan Lima dan Langlima? Bulima menjawab dari mana datangnya dendam Farid, kenapa diari Sofea dikoyak, dan siapa dalam kereta hitam di seberang jalan. Belum baca? Mulakan di sini.

Karya fiksyen. Nama, watak, tempat dan peristiwa adalah rekaan semata-mata.