Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

TIPS KEMBARA SOLO SHARE LOCATION

Spread the love

KEMBARA SOLO , BERDUA, ATAU RAMAI². SHARE LIVE LOCATION.

Mungkin ramai dah buat, mungkin ada yang tahu tapi lupa, mungkin ada yang belum tahu.



1. Buat 1 group wasap khas , masukkan family atau orang yang terpercaya.

2. Setiap kali nak mulakan perjalanan, share live location dalam grup tersebut. Dulu boleh 12jam, sekarang 8jam.

3. Share live location untuk mereka tahu lokasi semasa kita. If apa² berlaku, ada org tahu lokasi terakhir kita.

4. Masukkan dalam grup itu family atau rakan yang positif serta memberi kata semangat, dan kalau boleh, jangan masukkan kaki kondem orang dalam grup wasap itu.

5. Yang jenis “haa tu la, pegi lagi musim winter, kan dah terkandas” , ” tula jgn excited sangat, kan dah susah kat sana” Yang begini, jangan masukkan, takkan membantu kalau ada masalah, dia akan kondem semata² dan akan buat anda mungkin jadi stress dan panik atau sedih.

6. Apa sahaja kejadian yang berlaku, hadapi dengan tenang dan sentiasa ingat ada Allah swt dan tentu ada hikmah apa yang berlaku

7. Ada beberapa family sedang masih dalam kembara di Turkey ini, di pelbagai lokasi. Bagi yang sedang bermusafir, doa anda inshaAllah makbul. sama² kita doakan semuanya selamat dan dipermudahkan Urusan.

8. Saya ride motor seorang diri pusing thailand hanpir 8000km, saya share live location setiap hari sebelum mula perjalanan dalam grup family. Pusing Annapurna Circuit di Nepal sehingga ketinggian 5,416meter, ride di India 5,800meter, juga share live location. Pusing Malaysia seorang diri 2020km dalam masa 24jam pun saya share live location begini.

9. Ia membantu memberi keyakinan dan ahli grup yang positif akan mendoakan dan bantu anda jika ada apa2 berlaku atau anda perlukan bantuan.Barakallahufih.

Berminat dengan Tshirt Turkey Istanbul?

(Visited 144 times, 1 visits today)

Leave a Reply