Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

ELAKKAN DI TIPU KETIKA MEMBELI DURIAN

Spread the love

BENIH DAN BAKA DURIAN BERDAFTAR.  Selama ni ingatkan IOI Properties yang buat R&D Benih Durian IOI.Rupanya benih dan baka ni di daftarkan atas nama Arwah Hjh Hasmah Hj Hashim (20.10.1920-26.04.2014)

Beliau telah mula menjual benih D168 sejak dari tahun 1987 walaupun pendaftaran benih berkenaan hanya dilakukan pada tahun 1989.

Walaupun sudah banyak buah D168 yang dijual di pasaran dek kerana rasa dan warna kuning ke-orenan yang menarik ramai peminatnya, ramai penggemar durian masih berpendapat belum ada mutu buah dari generasi berikutnya yang setanding pokok asal.

KENAPA BENIH DAN BAKA DURIAN DI DAFTARKAN?
Selain untuk kelestarian dan keaslian (authenticity & preservation) ia juga adalah untuk tujuan bagi mengelakkan penipuan. Setiap benih dan baka yang didaftarkan, akan di telitikan ciri-ciri durian, ruas, panggal tangkai, susunan duri, warna duri muda, warna duri sudah masak, kawasan tanah yang sesuai, dan pelbagai lagi. Contohnya, yang paling terkenal, Musang King, terdapat banyak kes-kes penipuan keaslian Musang King kerana harganya yang tinggi. Termasuklah kini D200 Duri Hitam atau Ochee. Ochee original buah dia bulat, ada duri di sekeliling pangkal pedisel, duri dia halus-halus. Sebenarnya banyak baka-baka durian ini paling mudah dikenal pasti melalui bentuk daun. Ochee, atau Duri Hitam, daun dia di pangkalnya bentuk akut. tepi daun dia macam melengkung dan mencangkuk sikit. Berbeza dengan D197. Musang King, berasal dari Tanah Merah Kelantan. Buah dia kebanyakkanya berbentung macam pear atau dipanggil Eliptik. Daun dia beralun-alun. Dia tak ada duri di pangkal pedisel.

DURIAN IOI ni, berasal dari Muar Johor. Tangkai pendek. Daun dia belah bawah, perang macam D200 tapi lebih gelap. Duri halus di bahagian apeks bawah dan ada duri sekeliling tangkai. Daun bentuk Oblong panjang dan tirus di hujung. Durian Batu Kurau juga turut telah di daftarkan.

Tujuan pemeriksaan dan pendaftaran dalam piawaian benih buah-buahan paling utama adalah untuk menetukan ianya adalah BAKA TULEN dan BAKA YANG BERKUALITI TINGGI yang memenuhi piawaian ditetapkan. Ramai petani dan orang ramai yang membeli benih di Nurseri atau Pasar Malam tidak mengetahui ciri-ciri anak benih buah-buahan berkualiti.

Image may contain: plant, nature and outdoor
PENCABAR MUSANG KING

Kini, kegiatan penunasan atau kacukan durian amat kompetitif di dalam pasaran. Perlumbaan menghasilkan baka terbaik, rasa yang sedap, besar dan memuaskan saling wujud di kalangan petani. Ia amat memberangsangkan bagi mengelakkan monopoli atau manipulasi harga yang berpanjangan, kerana ada sahaja baka baru yang lebih baik.

Pertandingan-pertandingan “DURIAN UNGGUL” telah di adakan di bawah seliaan JABATAN PERTANIAN. Baru baru ini di adakan di JOHOR.

BAKA BAKA BARU seperti Durian Tunggu Tiga, Durian T3, Durian Tok Merah, Durian KP, dan bermacam lagi baka baru.

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Tempat Pertama
Pertandingan Durian Unggul Negeri Johor
Nama : Durian Tungku Tiga
Pemilik : Mohd. Arif Iskandar B. Rusdi
Lokasi Kebun : Jalan Tungku 3 , Kg. Tengah, Segamat Johor.

 

Tempat ke Dua
Pertandingan Durian Unggul Negeri Johor
Nama : Durian T3
Nama Pemilik : Mohd. Ibrahim b. Mohd. Zin
Lokasi kebun : Kampung Tungku Tiga, Segamat, Johor

 

Tempat ke Tiga
Pertandingan Durian Unggul Negeri Johor
Nama : Durian Tok Merah
Nama Pemilik : Chew Choon Seng
Lokasi kebun : Kuala Palong, Kampung Rokam , Buloh Kasap, Segamat, Johor

 

Tempat ke Empat
Pertandingan Durian Unggul Negeri Johor
Nama : Durian KP
Nama Pemilik : Lim Thiam Kiong
Lokasi kebun : Kampung Kuala Paya , Buloh Kasap, Segamat, Johor

Image may contain: plant, flower and nature
Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: plant, flower, nature and outdoor

Image may contain: plant, nature and outdoor

(Visited 159 times, 1 visits today)

Written by