Category
- EduGames Plans
- Adventure Touring Malaysia
- Aprilia
- Backpackerz
- BMW
- Born To Ride
- Bossku
- CFMoto
- CROSSBORDER
- eBOOK
- Epic Ride
- Free Palestine
- Haramain
- Himalaya
- Honda
- Humor
- India
- Japan
- Kawasaki
- Kembara Bumi Anbia
- KTM
- Malaysia
- Malaysia Local Route
- Marin Bikes
- Merdeka
- Motivation
- MWR
- Myvi
- Nasty Port Flow
- Pakistan
- Palestine
- Parody
- Perodua
- PetrolHead
- Proton
- Rare Design
- READY STOCK
- Republik Betta
- Runner
- Seiko
- Singapore
- Solo Rider
- Suzuki
- SYM
- Thailand
- Trans Siberia
- Triumph
- Tshirt Dryfit
- Tshirt Kereta
- Tshirt Moto
- Ultras MLR
- Vespa
- VOGE
- Yamaha

ALOR SETAR: Projek pembinaan litar lumba antarabangsa di Sungai Petani, dekat sini, memasuki fasa kedua membabitkan kerja pembinaan trek yang dijangka bermula tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris, berkata pelaksanaan kerja fasa kedua itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta.
Beliau berkata, pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa itu akan menggunakan teknologi tinggi dari United Kingdom (UK) bagi memastikan ia mencapai standard ditetapkan.
“Bagi fasa pertama, kita membelanjakan RM10 juta bagi melakukan kerja merata tanah dan sebagainya. Bagi fasa seterusnya, kita akan mula membina struktur litar, termasuk infrastruktur yang bakal diserahkan kepada Bina Darulaman Berhad (BDB).

“Sepang International Circuit (SIC) pula akan bertindak sebagai penasihat teknikal bagi pelaksanaan pembangunan litar terbabit, selain bertanggungjawab sebagai penasihat pengurusan kelak,” katanya ketika ditemui pada program Kedah Food Valley, di sini, petang semalam.
Mohd Asmirul berkata, projek berkenaan dijangka memerlukan peruntukan sebanyak RM40 juta lagi yang akan disalurkan Kerajaan Persekutuan secara berperingkat.
Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan ketika pertemuan kerajaan negeri dengan SIC serta Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum ini.
“Penggunaan litar ini nanti tidak hanya membabitkan penganjuran pertandingan antarabangsa. Kita akan tetap memberi peluang peminat motor tempatan untuk menggunakan litar ini.
“Kita akan memberi peluang mereka menggunakan litar ini beberapa hari tertentu. Ia penting untuk kita mengasah dan melahirkan bakat baharu dalam bidang permotoran, selain memberi peluang penduduk setempat terbabit secara langsung,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Kompleks Sukan Kuala Muda pula, beliau berkata, projek berkenaan akan diteruskan.
“Kuala Muda dipilih sebagai lokasi pembinaan kompleks sukan baharu itu kerana ada permintaan dan kepadatan penduduk di daerah berkenaan.

“Pembinaan kompleks sukan itu dijangka membabitkan kos RM9 juta dan kerajaan negeri bakal menyediakan tanah bagi tujuan berkenaan,” katanya.



Sumber Artikel dan Foto : Sinarharian, Berita Harian, Utusan, Careta, PaulTan, GpMalaysia.
=======================================================
ULASAN ADMIN
Alhamdulillah.
Moga ada limpahan rezeki dan kesan ekonomi yang positif bagi penduduk setempat dalam radius 100km, kepada belia-belia peminat permotoran untun mengasah bakat ke persada kebangsaan dan antarabangsa, juga sebagai tempat pelbagai aktiviti baik yang lain, contohnya kelas defensive driving training. Takkan nak training di jalan awam ye dok?
Katanya lengkap 1 trak lumba, 1 dragstrip, 1 go kart, 1 lapangan aktiviti luas,
Saya ex-Town Planner, saya ada pendedahan dan membaca dan membeli laporan pemajuan tanah daerah dan negeri. Ada laporan 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun .
Kalau yang ada modal, dah ada plan 20 tahun, dia akan simpan duit untuk beli tanah berhampiran projek tu, itu contohlah. Bukan semua orang mampu beli tanah walau simpan bagai nak rak dalam tempoh 20 tahun.
Kalau yang modal kecil pun, boleh buat perancangan seiring perkembangan dan pelan-pelan gunatanah di kawasan yang berdekatan.
Ada rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, yang rajin membaca hal-hal ini dan laporan-laporan perkembangan gunatanah ini, akan mengambil ini sebagai peluang pelaburan jangka panjang.
Dan ada pula Rakyat Malaysia, segelintirnya, hanya sibuk dengan hal-hal yang tidak berkaitan dengannya, tetapi apabila ada perancangan tertentu, mereka berkata sedemikian-sedemikian, marah kepada golongan tertentu atau bangsa tertentu, ataupun memandangan segalanya negatif dahulu walaupun pihak tertentu sudah membuat justifikasi, evaluation kepada kesan alam, kesan ekonomi, kesan sosial dan sebagainya.
Mahu Anak Jadi Pemandu F1? Umur, Kos Karting & Laluan Ke Formula 1
Fakta & Statistik F1 Sepang: Pemenang, Rekod dan Kuiz
Jadual F1 Sepang 2026 (Waktu Malaysia) dan Panduan Peminat
Kenapa Bahrain Grand Prix Diadakan di Sepang, Malaysia?
8 Detik Paling Epik dalam Sejarah F1 Sepang
Sejarah F1 di Sepang: 19 Tahun, Satu Jeda dan Kepulangan 2026
Mungkin Ini yang Anda Tak Tahu tentang Sepang: Asal Nama, Penduduk Asal dan Kos Projek Mega
HAFIZ SYAHRIN SESI Q2 BUAT KALI PERTAMA !!! Sejarah Buat Malaysia!!
Fakta Menarik Perak Dalam Piala Malaysia
Gelagat Peminat Pasukan Perak Final 2018 Piala Malaysia
T-SHIRTAbah Abah Ride 2021 (Long Sleeve)Dari RM75.00
eBOOKAI Untuk Orang Biasa: Panduan Memilih AI Yang Betul Untuk Kerja Dan Bisnes 2026RM19.00
T-SHIRTRider Tak Select (Long Sleeve)Dari RM75.00
T-SHIRTMake Life A Ride 1 (Short Sleeve)Dari RM65.00
eBOOKGaji + Duit Sampingan: Panduan CukaiRM14.90
T-SHIRTLapan Sempadan 1 (Long Sleeve)Dari RM75.00
T-SHIRTNasty Portflow Rocket (Short Sleeve)Dari RM65.00
T-SHIRTSolo Rider 2026 V1 (Short Sleeve)Dari RM55.00
T-SHIRTNasty Merdeka 64 (Short Sleeve)Dari RM65.00
eBOOKClaude untuk Guru: 50 Masalah Cikgu Diselesaikan (Ebook PDF)RM19.90
T-SHIRTMERDEKA 66 PUTIH (SHORT SLEEVE)Dari RM65.00Ditulis Dengan Cermat Oleh: zulhafidzyahaya
Zulhafidz Yahaya, Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perancangan Bandar dan Wilayah, Town and Regional Planning Uitm, atau lebih dikenali sebagai Abgzul, merupakan usahawan kreatif, pereka grafik, content creator dan perunding Takaful yang aktif dalam bidang reka bentuk, percetakan, media digital serta pengurusan risiko kewangan.Melalui CycleDesign.my dan platform Abgzul, beliau berkongsi pengalaman, pandangan, informasi serta kandungan berkaitan teknologi, automotif, kewangan, Takaful, bisnes dan isu semasa. Minat beliau adalah menggabungkan kreativiti & teknologi untuk menghasilkan kandungan serta solusi yang praktikal dan mudah difahami.Tonton juga di youtube.com/zultcdx
Cari Di sini
🛒 Your Cart
No products in the cart.





