Welcome to TCD | The Cycledesign - Everything Is Tshirt

Adik pemandu Myvi rempuh warga Thailand, minta dana ikat jamin kakak dikecam netizen

Spread the love

Semalam, kecoh di media sosial mengenai kemalangan di daerah Rattaphum, Thailand melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita warga Malaysia, menyebabkan lima orang warga tempatan maut.

Tampil menjelaskan kejadian sebenar, adik kepada pemandu terbabit menerusi Facebook dengan nama akaun Akma Azalan, telah menceritkan apa yang berlaku sebelum kemalangan.

Terlanggar sesuatu dan stering kereta tiba2 lock

Berdasarkan keterangan daripada adik pemandu tersebut, ketika dalam perjalanan kakaknya memandu dalam kelajuan biasa, sebelum terlanggar sesuatu mengakibatkan kereta hilang kawalan dan stering tiba-tiba terkunci.




Kami hanya cedera ringan, tapi yang dilanggar terkorban

Akibat daripada itu, kereta yang dipandu telah merempuh enam orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan, pemandu dan penumpang hanya mengalami cedera ringan.

Namun, lima orang yang dirempuh itu terkorban, manakala seorang lagi selamat tetapi mengalami kecederaan yang parah. Pemandu tersebut kini ditahan di lokap sementara menunggu ikat jamin berjumlah RM60,000.

Minta sumbangan rakyat Malaysia

Selain menceritakan kejadian yang berlaku, posting tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk mengikat jamin pemandu tersebut yang kini masih lagi dalam tahanan.

Padam jela post ni, kena kecam teruk ni

Walau bagaimanapun, posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam tindakan adik pemandu tersebut yang meminta dana orang ramai untuk mengikat jamin kakaknya.

Malah, ada yang lebih gigih sehingga sanggup menyiasat mengenai rekod saman pemandu tersebut, apa yang ditemui terdapat beberapa saman kerana memandu laju.

Kakak awak kena bertanggungjawab dengan perbuatan dia

Tak pasal2 kena kecam

Baik derma pada keluarga mangsa…

Tak payah nak kecam orang, belum kena kat batang sendiri

Sementara, ada juga dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa kurang senang mengenai kecaman bertalu-talu yang diterima oleh adik kepada pemandu tersebut.

Sumber : Akma Azalan & Oh My Media

 

(Visited 147 times, 1 visits today)

Written by