Category
- EduGames Plans
- Adventure Touring Malaysia
- Aprilia
- Backpackerz
- BMW
- Born To Ride
- Bossku
- CFMoto
- CROSSBORDER
- eBOOK
- Epic Ride
- Free Palestine
- Haramain
- Himalaya
- Honda
- Humor
- India
- Japan
- Kawasaki
- Kembara Bumi Anbia
- KTM
- Malaysia
- Malaysia Local Route
- Marin Bikes
- Merdeka
- Motivation
- MWR
- Myvi
- Nasty Port Flow
- Pakistan
- Palestine
- Parody
- Perodua
- PetrolHead
- Proton
- Rare Design
- READY STOCK
- Republik Betta
- Runner
- Seiko
- Singapore
- Solo Rider
- Suzuki
- SYM
- Thailand
- Trans Siberia
- Triumph
- Tshirt Dryfit
- Tshirt Kereta
- Tshirt Moto
- Ultras MLR
- Vespa
- VOGE
- Yamaha

Berikut kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan perkembangan terkini kes koronavirus di Malaysia
PENGESANAN KES YANG DISAHKAN DIJANGKITI 2019 NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV) DI MALAYSIA
KKM ingin maklumkan mengenai tiga (3) kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) dalam kalangan kontak rapat kepada dua (2) kes yang merupakan bapa dan anak, yang terdahulu disahkan dijangkiti penyakit yang sama oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS).
Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kesemua mereka diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam.
Mereka dilaporkan telah menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura pada 20 Januari 2020. Kes tersebut bersama anak lelakinya didapati bergejala dan dimasukkan ke hospital di Singapura pada 22 Januari 2020. Kedua-dua mereka telah disahkan positif oleh KKS.
Seramai sembilan orang telah menaiki pesawat bersama kes pertama yang berumur 66 tahun itu; iaitu isteri, anak lelaki, menantu perempuan, dua (2) orang cucu dan satu lagi keluarga berempat (terdiri dari sepasang suami isteri dan 2 anak mereka), yang merupakan kawan baik keluarga kes.
KKM telah menerima pemakluman mengenai keputusan ujian positif yang diperolehi untuk kes pertama dari KKS, yang turut memperincikan maklumat mengenai kontak rapat beliau yang berada di Malaysia.
Melalui perkongsian maklumat tersebut pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua lapan (8) orang kontak terbabit dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.
Saringan awal mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan selanjutnya pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh.
Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan oleh JKN Johor sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.
Untuk makluman, tiga kes yang dikesan positif melalui ujian yang dijalankan oleh MKAK adalah isteri dan dua (2) orang cucu kepada kes pertama di Singapura.
Mereka kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan selanjutnya dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil. Manakala lain-lain kontak yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV.
TINDAKAN KKM SETERUSNYA
Mengambilkira perkembangan terkini, pasukan Rapid Response Team (RRT) dan Rapid Assessment Team (RAT) di lapangan telah diaktifkan serta merta bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan.
Semua anggota kesihatan adalah diingatkan untuk memberikan perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum pada setiap masa.
Saringan pesakit di semua fasiliti kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti, bagi memastikan kes yang memenuhi akan dirujuk bagi menjalani penyiasatan selanjutnya.
Kejadian wabak jangkitan ini dipandang serius oleh KKM, justeru suatu tatacara mengenainya yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dikeluarkan baru-baru ini.
Tatacara ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.
Selain dari tiga (3) kes positif yang dikesan ini, secara keseluruhannya pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan untuk sembilan (9) kes yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV dan kesemuanya disahkan negatif bagi 2019-nCoV melalui ujian makmal yang dijalankan.
DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Malaysia
SUMBER: ASTRO AWANI KPKESIHATAN MALAYSIA
Apa Yang Berlaku Di Paris Oktober 2026?
INDONESIA SEDANG DIUJI. BUKAN SATU, TAPI TIGA KRISIS SERENTAK.
Negara Kita Sebenarnya Sedang Menuju Ke Arah Mana?
Motor Tiada Lesen & Insurans Langgar Kereta: Claim Siapa?
80 Jasa Utama Tun Dr Mahathir
Harga Letak Logo Pada Kereta F1 2026: Sidepod, Wing, Halo Sampai Title Sponsor
Hanan Qaireen Menang Saman Hospital RM12.19 Juta: Apa Berlaku & Pengajaran Untuk Keluarga
Jasa Tun Dr Siti Hasmah: Kesihatan Ibu & Anak, Khidmat Masyarakat dan 70 Tahun Bersama Tun Dr Mahathir
Mungkin Ini Yang Anda Tak Pernah Tahu Tentang Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah
Mungkin Ini yang Anda Tak Tahu tentang Sepang: Asal Nama, Penduduk Asal dan Kos Projek Mega
T-SHIRTMERDEKA 66 BIRU (SHORT SLEEVE)Dari RM65.00
eBOOKJalan Lima (Ebook PDF) Full Episode V1RM15.00
T-SHIRTCamping Buddies (Short Sleeve)Dari RM65.00
T-SHIRTThailand 1864 Corners V1 (Long Sleeve)Dari RM75.00
eBOOKPanduan Rekod Resit Mudah 02 – Sole Prop & FreelancerRM15.00
T-SHIRTSolo Rider 2026 V1 (Short Sleeve)Dari RM55.00
T-SHIRTRACERCAR IN REVERSE WHITE (SHORT SLEEVE)Dari RM65.00
eBOOKKami Benci Buli: 20 Luahan Hati Mangsa Buli (Ebook PDF)RM19.90
T-SHIRTMERDEKA 66 MERAH (SHORT SLEEVE)Dari RM65.00
T-SHIRTRider Tak Select (Short Sleeve)Dari RM65.00
eBOOKClaude untuk Guru: 50 Masalah Cikgu Diselesaikan (Ebook PDF)RM19.90
T-SHIRTNasty PortFlow 2026 V1Dari RM65.00Ditulis Dengan Cermat Oleh: zulhafidzyahaya
Zulhafidz Yahaya, Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perancangan Bandar dan Wilayah, Town and Regional Planning Uitm, atau lebih dikenali sebagai Abgzul, merupakan usahawan kreatif, pereka grafik, content creator dan perunding Takaful yang aktif dalam bidang reka bentuk, percetakan, media digital serta pengurusan risiko kewangan.Melalui CycleDesign.my dan platform Abgzul, beliau berkongsi pengalaman, pandangan, informasi serta kandungan berkaitan teknologi, automotif, kewangan, Takaful, bisnes dan isu semasa. Minat beliau adalah menggabungkan kreativiti & teknologi untuk menghasilkan kandungan serta solusi yang praktikal dan mudah difahami.Tonton juga di youtube.com/zultcdx
Cari Di sini
🛒 Your Cart
No products in the cart.



