
Category
Jangkaan untuk minyak, kereta, motor dan kesihatan sebelum Bajet 2027 dibentang pada 9 Oktober 2026, disusun ringkas supaya anda tahu apa yang patut diperhatikan.
Jumaat, 9 Oktober 2026, di Dewan Rakyat. Bajet akan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tarikh ini disahkan dalam Kenyataan Prabelanjawan 2027 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) pada 18 Ogos 2026.
Temanya ialah "Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi". Ini Belanjawan MADANI yang kelima. Sebagai perbandingan, Bajet 2026 bernilai RM470 bilion, iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.
Kalau anda nampak mesej WhatsApp atau tangkapan skrin yang kata "STR 2027 naik RM..." atau "bonus penjawat awam RM..." sebelum 9 Oktober, itu bukan dari sumber rasmi. Tunggu pengumuman sebenar di Parlimen.
MOF dah senaraikan 10 bidang yang akan jadi asas Bajet 2027. Senarai ni petunjuk terbaik apa yang mungkin diumumkan.
| # | Bidang tumpuan | Maksudnya untuk anda |
|---|---|---|
| 1 | Keadilan sosial dan pembangunan untuk semua | Rumah mampu milik dan sewa, pengangkutan awam, fokus Sabah, Sarawak dan luar bandar |
| 2 | Melindungi rakyat daripada kos sara hidup | STR, SARA, BUDI MADANI (minyak), Jualan Rahmah |
| 3 | Perlindungan sosial untuk keluarga | Semakan KWSP dan PERKESO, perlindungan pekerja gig dan bekerja sendiri |
| 4 | Pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas | Akses kesihatan, kos rawatan hospital swasta, klinik dan sekolah |
| 5 | Perbelanjaan dengan nilai terbaik | Subsidi lebih bersasar, kurangkan ketirisan |
| 6 | Tatakelola dan perkhidmatan kerajaan | Lebih banyak urusan kerajaan secara digital |
| 7 | Kebajikan pekerja dan gaji bermaruah | Gaji, TVET, latihan semula, wanita kembali bekerja |
| 8 | Usahawan tempatan dan "Made by Malaysia" | Pembiayaan PKS dan peniaga kecil, pasaran eksport |
| 9 | Pelaburan dan pekerjaan bernilai tinggi | Semikonduktor, AI, pelancongan, Kulim Hi-Tech Park |
| 10 | Keterjaminan tenaga, makanan, iklim dan siber | Tenaga bersih, harga makanan, tebatan banjir, penipuan dalam talian |
RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter melalui BUDI95, dan diesel bersubsidi RM2.10 seliter melalui BUDI Diesel.
Sumber: Kenyataan Prabelanjawan 2027, MOF (18 Ogos 2026)
Apa yang mungkin diumumkan: MOF menyebut penyasaran subsidi akan terus diperhalusi berasaskan data dan kelayakan yang jelas. Jadi kemungkinan besar BUDI95 diteruskan, cuma soal kuota dan kelayakan mungkin disemak.
Untuk rider motor: BUDI95 guna MyKad yang sama untuk kereta dan motor. Kebanyakan motor kapchai guna jauh bawah kuota. Tapi kalau anda kerap touring jauh, kira dulu penggunaan sebenar sebulan.
Pengumuman rasmi berkaitan minyak akan dikemas kini di sini selepas 9 Oktober 2026.Setakat ini tiada pengumuman rasmi khusus untuk kereta atau motor dalam Bajet 2027. Tetapi kenyataan prabajet MOF bagi beberapa petunjuk yang berkait dengan pemilik kenderaan.
Tip untuk yang nak beli kenderaan: Kalau tak terdesak, tunggu sampai lepas 9 Oktober. Kadang-kadang ada insentif atau perubahan cukai yang diumumkan dalam bajet.
Pengumuman rasmi berkaitan kenderaan akan dikemas kini di sini selepas 9 Oktober 2026.Kaki touring dan crossborder? Lihat koleksi tshirt Crossborder kami untuk ride seterusnya.
Kos rawatan hospital swasta ialah antara isu utama Bajet 2027. MOF menyebut jawatankuasa khas peringkat menteri sedang menangani kenaikan kos rawatan swasta, selain usaha mengurangkan kesesakan hospital awam.
Tiga perkara yang pemegang medical card patut tahu sebelum 9 Oktober:
Pelanggan kami terlibat kemalangan motor kurang sebulan selepas mula mencarum RM102 sebulan.
Apa pun yang diumumkan dalam bajet, bantuan kerajaan tak akan tanggung bil sebesar itu untuk seorang individu. Medical card tetap jadi benteng utama keluarga.
Jumlah STR dan SARA 2027 belum diumumkan. Ia dijangka disebut dalam ucapan bajet pada 9 Oktober.
| Perkara | Kedudukan 2026 | Jangkaan 2027 |
|---|---|---|
| STR + SARA | Peruntukan RM15 bilion, kadar maksimum RM4,600 | Penganalisis jangka ditingkatkan |
| SARA Untuk Semua | RM100 kepada kira-kira 22 juta rakyat dewasa | Belum diketahui |
| Gaji minimum | RM1,700 sebulan | Penganalisis jangka kadar baharu diumumkan |
| Gaji penjawat awam | Naik sehingga 15% di bawah SSPA | Belum diketahui |
Menteri Ekonomi sendiri menyatakan harapan supaya gaji dan pendapatan rakyat jadi keutamaan dalam Bajet 2027. Namun Perdana Menteri juga mengingatkan jangkaan rakyat tinggi sedangkan sumber kewangan kerajaan terhad.
Jumlah STR 2027, SARA 2027 dan gaji minimum akan dikemas kini di sini selepas 9 Oktober 2026.Jangan tunggu bajet untuk urus perkara yang memang di bawah kawalan anda sendiri.
Medical card atau hibah takaful, kami terangkan dengan jelas. Konsultasi percuma, tiada paksaan.
Jumaat, 9 Oktober 2026, di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
"Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi". Ini Belanjawan MADANI kelima.
Belum diumumkan. Jumlah rasmi dijangka disebut dalam ucapan bajet pada 9 Oktober.
Setakat 1 Oktober 2026, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter dengan kuota 300 liter sebulan. Sebarang perubahan akan diumumkan secara rasmi.
Had kenaikan 10% setahun oleh BNM berkuat kuasa sehingga akhir 2026. Polisi selepas itu belum diumumkan. Pelan MHIT asas yang lebih murah sedang dirangka.
Secara langsung di saluran RTM dan media sosial rasmi Kementerian Kewangan pada 9 Oktober.