Category
- Uncategorized
- A Parody
- A PetrolHead
- Adventure Touring Malaysia
- Aprilia
- Backpackerz
- Basikal Bicycle
- Benelli
- BMW
- BolaRotan TV
- Born To Ride
- Bosku Shopee
- Bossku
- Camping
- CFMoto
- COVID 19
- CrossBorder Series
- Demi Pertiwi
- Epic Ride
- Event
- Foldies
- Free Palestine
- GLR
- Haramain
- Himalaya
- Honda
- Humor
- India
- iRacing
- Japan
- Kaki Pancing
- Kawasaki
- Kembara Bumi Anbia
- Kopi Coffee
- KTM
- Laluan Tempatan Malaysia
- Malaysia
- Malaysia Local Route
- Malaysia States
- Marin Bikes
- Merdeka
- Minion Bike
- Minivelo
- Motivation
- MWR
- Myvi
- Nasihat
- Nasty Port Flow
- Nurse
- Pakistan
- Palestine
- Perodua
- PetrolHead Honda
- Proton
- Rare Design
- Republik Betta
- Runner
- Seiko
- SimR Garage
- Singapore
- Suzuki
- SYM
- Thailand
- Trans Siberia
- Triumph
- Tshirt Dryfit
- Tshirt Kereta
- Tshirt Moto
- Ultras MLR
- Velo Residence
- Vespa
- Yamaha
- Youtuber
Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.
Farah Nur Syifa, 20, memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal.
Lebih mesra dipanggil Fafa, pada awalnya pekerjaan ini sekadar sambilan tetapi memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.
“Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi. Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.
“Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja. Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.
“Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la. Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.
“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini berkata dia gembira dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.
“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.
“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.
“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan (frontliner),” kata Fafa.
Dalam pada itu, mempunyai wajah yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.
“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.
“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” katanya menutup perbualan.
Post dekat sini sebab twitter tak akan rosakkan kualiti gambar 🥰🤘🏻 pic.twitter.com/OTMebtdZPw
— fafa panda 🐼 (@weslysky) June 1, 2020
Ada lelaki samakan kisah ini dengan …
============================================
Biasanya gadis macam ni , akan ada anak tan sri buat pasal dengan dia,
Lepas tu, anak tan sri tu mula2 benci dia, lama2 jatuh cinta. tapi perempuan ni orang kampung, anak orang susah, kena buat foodpanda, dia tak suka anak tan sri tu berlagak.
satu hari, perempuan food panda ni, dapat order, kemudian, rupanya, anak tan sri tu yang order, banyak pulak tu, 12 trip ulang alik baru habis, anak tan sri tu belanja pekerja dia ramai, tapi bukan yang 200 ribu pekerja tu la.
Tapi perempuan ni rasa macam dipergunakan, dia kena turun naik tangga di bangunan anak tan sri tu, 17 tingkat. Lift macam sengaja rosak.
tiba2, perempuan ni pengsan waktu nak hantar trip food panda last, betul2 depan anak tan sri tu,
Anak tan sri cepat2 dukung dia, jerit call ambulance, padahal bangunan office tu sebelah hospital Gleneagle je. Dia lupa.
Selepas doktor check dengan stethoscope terbalik, dan drip air masuk kat bahu, perempuan ni sedar. dia terkejut tengok anak tansri ada depan dia merenung luar jendela tengok projek 2.34 billion dia tu.
gadis ni, dengan suara serak-serak , nak bangun, anak tansri tu sedar, kemudian dia lapik bantal dan anak tan sri kata..
“awak jangan bergerak”
perempuan tu pun takut lah, biasanya polis je sebut macam tu.
“apa salah saya”?
perempuan tu tanya pada anak tansri, takde salah ape..cuma
tut…girlfriend anak tansri tu call.
“You kat mane ni? penat i tunggu you kat restoran paling mahal kat KL ni, i tak bawak wallet, you datang tolong i bayar please sayang”
Padahal boleh je boost atau ewallet touch n go, dasar nak kikis, macam tu lah.
2 Bulan Kemudian (slow motion)
Gadis ni dapat order makanan, rupanya girl friend anak tan sri sengaja order guna phone auntie mana tah dia pinjam, order2, bagi alamat tempat orang jahat. 4orang lelaki tengah isap rokok main daun terup.
Maka, nayalah nasib perempuan ni, dahla jauh, isi minyak 2 kali, tumpah pulak tu, hantar ke rumah buruk, ada lelaki jahat nak rogol dia. selepas kena ubat kepak, sedar2 dia menangis…
Perempuan ni tak tahu nak call siapa, dia call anak tan sri tu
anak tan sri yang tak pernah masuk office selain check file atas meja dan sign form gaji staff tu, pun datang la tempat rumah buruk tu, kejap plak tu sampai, entah lalu jalan mana.
Lepas tu, perempuan tu cerita apa berlaku, dia tak percaya, bila dia bagi no order tu, lelaki tu sedar, tu memang order kegemaran girlfriend dia tu, sebab takde orang lain pernah order terung goreng semata-mata takde lauk lain, mmg dia cam tu kerja girlfriend dia…
dengan slow motionnya, dia angkat, dan bawak pegi hospital..
9 bulan kemudian (foto KLCC langit mendung)
Gadis tu, badan berisi,
girlfriend jahat anak tan sri tu, cuba fitnah kata gadis ni perempuan dah tak suci, jual badan etc, kat boyfriend dia.
Mula2 ada la scene flashback, lepas tu tiba2, entah IO mana siasat, 4 orang lelaki tu kena tangkap waktu isap rokok dan main daun trup jugak.
dan rupanya2, 4 orang ni dah pecah rahsia, girlfriend jahat tu yang suruh, perempuan tu pun kena penjara sekali.
Lelaki anak tan sri tu , viral kat sosial media, penyelamat wanita, lelaki anak orang kaya, tapi sanggup jadi pak sanggup untuk bantu wanita orang susah yang dahla BPN bujang pun tak dapat, kene keje foodpanda, selalu dapat fake order, tapi berkat dia sabar tak update semua kisah ni kat facebook, dia berjodoh dengan anak tan sri tu…
ZulTCD
3.6.2020
Tengah pening nak design
Sg Petani.
Written by TCD
Cari Di sini
.Inside Your Cart
Best offers
Diamond Premium
The Best Tshirt Material
100% Safe
Secure Shopping
24x7 Support
Online 24 hours
Best Offers
Grab Now
Worldwide Shiping
On all order over
- Top 10 Midjourney Alternatives You Can Try in 2023Spread the loveOriginal Article from: https://www.fotor.com/blog/midjourney-alternatives/ Midjourney is undoubtedly one …
- Melancong, Niaga, Hidup dan Perlindungan Kewangan.Spread the love Dulu-dulu, saya travel seorang, atau travel dengan …
- USAH BERLENGAH DAPATKAN PERLINDUNGANSpread the lovePerkongsian Perjalanan Kehidupan. Bulan lepas, ada sahabat saya …
- Education Fund?Spread the loveMalika, jika ditakdir baba tak ada tiba2 (tiada …
- TOKEY IKAN FIKIRKAN NASIB PEKERJANYA…Spread the loveSahabat saya ni, kalau baca chatting saya dan …